sudah semestinya kita tahu bahawa untuk menjadi seekor rama rama yang cantik itu memerlukan perubahan demi perubahan. sebelum lahirnya beluncas, telur adalah rumah terawal bagi sang rama rama. seminggu di sana pasti cukup mengujakan. kerana selepas itu, mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran dunia yang penuh tipu daya.
melalui fasa metamorfosis, beluncas yang kecil akan melaksanakan tugas (makan dan makan) yang seharusnya mereka tahu sejak mula penciptaannya lagi. dalam tempoh dua minggu sahaja beluncas telah mula menjejak kaki ke alam dewasa. pertukaran kulit sekerap 5 hingga 6 kali sudah cukup untuk mematangkan beluncas.
setelah itu, beluncas yang menggelikan bagi sesetengah manusia (aku pun geli) akan terus mengembara ke fasa selanjutnya. inilah yang kita selalu lehat di bawah daun pokok, tersembunyi dari pemangsa dan manusia; kepompong. proses ini sangat penting untuk merubah seekor ulat menjadi seekor rama rama. 2 minggu yang penuh mendebarkan bagi bakal seekor rama rama. adakah berjaya atau kecundang di pertengahan.
akhirnya, saat yang di nantikan telah tiba. kepompong tempat beluncas berlindung dan berhibernasi mula pecah dan retak. inilah hidup baru yang bakal di tempoh oleh seekor beluncas. meninggalkan kehidupan lamanya untuk kehidupan yang lebih indah. menjadi seekor rama rama.
makanya, dengan empat peringkat itulah terlahirnya seekor rama rama. apa yang ingin di serapkan dalam kehidpan kita melalui kesah ini ialah; perubahan demi perubahan amat perlu bagi memperbaiki diri dalam kehidupan. kita tidak seharunya menjadi seorang hamba yang hari ini lebih buruk dari semalam atau semalam dan hari ini adalah sama sahaja tiada perubahan. oleh itu berubahlah seperti rama rama, daripada buruk menjadi lebih baik. terbang indah...
setelah itu rama rama terbang lagi di taman bunga. dari satu kelopak ke kelopak bunga yang lain; menghisap madu. tapi sebenarnya, di sebalik itu, tahukah kita bahawa rama rama menjalankan satu tugas yang besar dalam kehidupan. mereka menyebarkan debunga untuk di cambahkan. untuk mewarnai alam dengan warna warna segar dan menenangkan. merekalah yang membantu proses pendebungaan untuk buah buah yang enak. begitu besar manfaat mereka pada kita. apakah alasan untuk kita daripada tidak mencontohi rama rama?
yang terakhir kiranya, seekor beluncas hanya di pandang sepi dan geli oleh kebanyakan kita. tiada istimewa dan hanya merosakkan tanaman pokok bunga. namun apabila beluncas itu bertukar menjadi rama rama, kita semua terpesona dan kagum melihat keindahannya.
konklusinya, apa yang utama bukannya cara bagaimana kita bermula, tapi bagaimana kita mengakhir kehidupan ini. jika baik kesudahannya, maka, insyaallah baiklah seterusnya disana.
p/s: kali ini terlebih panjang sikit..tapi apa2 pun harap sampai maksud..
hari ni aku berbuka kat kedai... ingat tak yang aku tanya pasal menu tadi tu.. dan aku pilih menu 1...
ok selamat berbuka semua.. dah masuk waktu baru makan ye.hehe
p/s: kali ini terlebih panjang sikit..tapi apa2 pun harap sampai maksud..
hari ni aku berbuka kat kedai... ingat tak yang aku tanya pasal menu tadi tu.. dan aku pilih menu 1...
ok selamat berbuka semua.. dah masuk waktu baru makan ye.hehe
25 comments:
kecik2 tgk je selekeh,bl besar hambek cair woo.~konon2 nk bg contoh gak~
ayat disusun dgn begitu teratur.. sampai maksudnya dan mudah difahami. tertarik dgn ayat di perenggan terakhir... ada benarnya utk kita fikirkan..
selamat berbuka si para-para..
=)
entri yang menarik :')
lots of meaning dr seekor rama2! ;) suke part ni.
'makanya, dengan empat peringkat itulah terlahirnya seekor rama rama. apa yang ingin di serapkan dalam kehidpan kita melalui kesah ini ialah; perubahan demi perubahan amat perlu bagi memperbaiki diri dalam kehidupan. kita tidak seharunya menjadi seorang hamba yang hari ini lebih buruk dari semalam atau semalam dan hari ini adalah sama sahaja tiada perubahan. oleh itu berubahlah seperti rama rama, daripada buruk menjadi lebih baik. terbang indah...'
nice one!! ;)
salam..
saya sangat suka membaca entri ni..
kadang kita hanya melihat dan menghargai ciptaan-NYA tanpa menganbil sedikit pun contoh dan teladan....
apa yang utama bukannya cara bagaimana kita bermula, tapi bagaimana kita mengakhir kehidupan ini.
jelas.
:)
lehat, kesah. hehe
para2, ska tunjuk beberapa blog pd kakak, dan dia paling suka blog para2..
don't judge book by its cover...
cm entry TH lak
http://melangkahkesana.blogspot.com/2011/02/wanita-ibarat-rama-rama.html
TH dpt apa yg ingin disampaikan
Assalamualaikum Para,
Cantiknya rama-rama tu. Cerita perjalanan hidup rama-rama tu pun seronok.
Tapi perjalanan hidup rama-rama tu tak sama dengan kita. Cabaran kita dalam mengejar sesuatu lebih besar dari rama-rama.
pengakhiran adalah paling penting...
tapi yg sedihnya..life cycle rama2 hnylah satu hari sahaja
yaAllah..matikanlah kami dgn mati yg baik..jgnlah Ekau matikan kami dgn mati yg teruk
masa dia beluncas kita geli dan musnahkan dia, ironisnya bila dah jadik rama-rama kita suka dan dia pula menyebarkan pendebungaan untuk kehidupan pokok lain yang mulanya musnah
semoga harini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari harini
dari yg hodoh jadi cantik .. kita pun boleh jadi mcm tu .. buat perubahan ke arah kebaikan
bagi aku rama2lah yg antara yg banyak mempunyai semiotiknya
;d
menarik! :) hehe
rama2 adalah binatang yg akak paling suka.... cantik.... swett
cantik sgt2 rama2 tu ..pic tu snap sendiri ke ?? hebattt !!
emm betul tu ..setuju2 !! dlm hidup mesti lah ada perubahan ke arah yang lebih baik .. =)
betol tuueeee... nice en3.=0
jom doa..?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html
salam ziarah..
sekali lagi kagum dan terpana dengan gaya penulisan di sini..bukan mudah untuk menulis entri ini kan..perlu berilmu, dan perlu menyedari hakikat ilmu =)
nyway syukran atas perkongsian..dah dapat sesuatu yang amat bermakna..Berubah Untuk Berbuah!
byak maksud yg mdalam..
smkin lama smkin mnrik.. :)
dah baca entri ni,,nice one. maksud tu sampai kot hehe..
Post a Comment