Thursday, September 29, 2011

LUPAKAN SEMUA


aku, bermain dengan kata kata. kata kata yang membentuk ayat. ada makna. bagi aku, tapi bagi kamu, mereka, dan dia cuma kata kata yang bersendikan nista. di reka reka, menari nari di minda, palsu - tapi bukan kamu semua.

saat sendiri di rumah besar. di bilik kecil. ada dinding, katil, kipas, meja dan kerusi. di sini, tempat aku merehatkan jasad, tempat aku terkenang semalam dan memikirkan esok.

kadang kadang jiwa rapuh ini mengeluh. lemah. melihat jalan yang berliku. kiri dan kanan penuh paku dan duri - aku sendiri. walau kanan dan kiri ada teman, ada orang, tapi mereka ada yang menolak aku kelembah dalam. perit.

oh mereka itu sentiasa ada di sisi aku. mana boleh aku mengelak. mesti.. aku mesti hadapi..

kini guruh mula bersuara. malam ini bertambah dingin. mungkin sampai masanya untuk aku melelapkan mata. lupakan dunia. lupakan semua. tapi bukan lupakan kamu - sahabat.


tuhan..kuatkan aku yang lemah ini...



27/09/2011 - 11.50am

38 comments:

Cik TeN10 said...

sng nk dpt kawan tp susah utk dpt seorang sahabat kan.. ape2 pn kita kna ingt Allah sentiasa ada dgn kita.. =)

lama menyepi.. sihat ?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

amin...
semoga Tuhan kuatkan dirimu...

Umie Nadhirah said...

Aminnnn :)
Kuat kuat & terus kuat!!

Cik TeN10 said...

cume lelaki plak rasa perempuan perlukan solution bila dia cerita mslh dia .. kan? dr apa yg sy baca la..lelaki ni hidup dia berkisar pasal kuasa.. kemampuan dia utk selesaikan sesuatu masalah tu penting bg lelaki.. but for women.. hidup dia lebih kepada social.. berkomunikasi with others.. share mcm bnda..that why lelaki kl ada masalah dia lbh prefer utk diam dan selesaikan sdri .. pmpuan pulak cerita kt org lain sbg jln utk tenangkan perasaa.. betul tak ?

oo.. ptt la sepi je.. sihat je alhmdllah.. :)

Asrul "iLham" Sany said...

kekadang 'lupa' itu perlu untuk kita 'ingat' semula

;-)p

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lame xwat entri...
jgn sepi sgt...
rindu nieh...

NasQ said...

menyusun kata kata indah nan bersulam nista?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

semoga kau bertabah hati harunginya.....

Anonymous said...

InsyaAllah awk kuat =)
Jangn p'nh b'putus asa k

Anonymous said...

InsyaAllah awk kuat =)
Jangn p'nh b'putus asa k

Anonymous said...

InsyaAllah awk kuat =)
Jangn p'nh b'putus asa k

Faaein Talip Roy said...

kata-kata itu kadangkala bisa membuatkan jiwa yang resah menjadi tenang...

Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan hamba-Nya ini..

zati embong said...

mana pun kita lari,kdg2 kita akan jumpa org yg lebih kurang sama.

~Kenanga Suchi~ said...

kdg aku juga seperti kamu. mahu lupakan semua. mereka yang menyakitiku. tapi apa daya. ada saja mereka di serata dunia.

Unknown said...

Dalam ramai2 kawan.., cuma ader 1 atau 2 orang je yang akan menjadi sahabat sejati. Jangan harapkan penghargaan mereka sebaliknya hargailah mereka selagi mampu.

penjajah minda said...

semoga.

Bidadari Syurga said...

aku, bermain dengan kata kata. kata kata yang membentuk ayat. ada makna. bagi aku, tapi bagi kamu, mereka, dan dia cuma kata kata yang bersendikan nista. di reka reka, menari nari di minda, palsu - tapi bukan kamu semua.------- kita suka wording nie...

ada kalanya bila lemah... sendiri jatuh... dan batil meminta menongkat kamu dengan kukuh... kalau kamu lemah kamu akan memaut tongkahan dia...

p/s: tersiratnya indah.... :)

NM02 said...

singgah follow sini

kalu sudi, jom follow ai pulak

Alif Haris said...

semoga tabah ya .. hidup memang penuh ranjau..
cari la sahabat dengan mata hati :)

sekamar rindu said...

salam..

amin....:)

nadbaptist said...

salam si para para..moga diberi kekuatan dariNYA

Dengan nama Allah aku menyerahkan diriku kepada Allah,tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah

intan.maisarah said...

jika kamu perlukan bahu dan tangan.
sara ada disini

HEROICzero said...

"aku, bermain dengan kata kata. kata kata yang membentuk ayat. ada makna. bagi aku, tapi bagi kamu, mereka, dan dia cuma kata kata yang bersendikan nista. di reka reka, menari nari di minda, palsu - tapi bukan kamu semua."

Aku nampak yang ini . jelas .

Faaein Talip Roy said...

ke mana perginya kata-kata incek pari-pari? semakin 'hilang'?

Bidadari Syurga said...

dari sudut pandangan awak... mungkin hari ni endingnya ntak berapa bagus... tapi siapa tahukan... DIA menilai dengan caraNYA... mulakan hari ini kalau masih berkesempatan...

Anonymous said...

masalah, lumrah kan. takada masalah x adalah syurga dan neraka

Anonymous said...

masalah, lumrah kan. takada masalah x adalah syurga dan neraka

A.s.t.i.n.a said...

berkata melupakan semua itu indah.. itu mudah.. itu bagai si tipah...

takkan pernah lupa sampai bila2...

Cik TeN10 said...

dekat template.. amik dynamic views.. super duper simple dan cool kan.. :)

lama betul menyepi.. dah settle semua?

Unknown said...

yeas..bnyk2 ingat Allah..:)

Nadia Mashuri said...

urm..
apa pun yang terjadi.. bersabarlah ya..

A.s.t.i.n.a said...

fuhhhh meh Astina bagi kekuatan utk Para....

A.s.t.i.n.a said...

Paraaaaaa...... kenapa jadi begini... life is short, dun make it shorter ok...


rindu penulisan anda~

A.s.t.i.n.a said...

cuaca tidak menentu sekarang.. asyik hujan... tapi sekejap2.. maka tidak perlu bawa payung sebab ia hanya basah seketika..

A.s.t.i.n.a said...

hiduop jadi hambar bila para takde(sila syok sebab ini adalah benar)

A.s.t.i.n.a said...

para-para sakura.. jom gi Jepun!

A.s.t.i.n.a said...

Kalau kita nak makan.. bca Bismillah dulu.. kalau boleh hafal doa makan lagi berkat...

Bidadari Syurga said...

lama senyap.... ok ke?