Thursday, December 29, 2011
Masa yang tinggal
masa yang membawa aku kemari. namun jarak yang memisahkan kita. syukur kerana kita masih di sini. melangkaui masa dan waktu. merentasi jarak dan kilometer.
aku masih sama. cuma ada yang berbeza. dulu pada mulanya sendiri. kini lengkap merpati sejoli. tahu apa maknanya?
siang malam kemana saja. 100 kilometer memisahkan aku dan dia. dan masa ligat berputar. jiwa dan raga penat bergetar. aku akui, jarak itu bukan batu penghalang asalkan ada kesungguhan.
3bulan bersama. 2purnama cahaya mata. tertunggu dan ternanti nanti. kelahiran seorang penyeri. moga moga di rahmati.
oh hidup kini tak seperti dulu. ada waktu mengelamun jauh. banyak masa untuk merangka cerita. termenung memikirkan khyalan mimpi. hanyut di dalam diri sendiri.
sekarang aku dengan si dia ada buka satu perniagaan. khidmat basuh pakaian. atau dalam bahasa saintifiknya kedai dobi. dah masuk sebulan. alhamdulillah. mungkin rezeki kami. cuma banyak benda yang perlu buat. masa tenaga. komitmen sangat sangat penting.
tapi, aku pasti mencuri masa untuk kesini. bertemu kalian semua yang berwajahkan tulisan cerita. kerana bagi aku, kalian semua adalah teman terbaik sepanjanag usia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
alhamdulillah.rasanya tahun 2011 nie ramai yang murah rezeki.=)
wahhh , dobi , ada keje kosong tak ? hihi .
ohh..bisnes br dgn wife ye..alhamdulillah.keep it up..jaja doakan usaha kalian terus berjaya :)
Aslmualaikum
alhmadulillah. tahniah bro
Alhamdulillah,tahniah ^^ Semoga bahagia hingga akhirnya.InsyaAllah,amin..
so sweet ...
kehidupan kamu nampak seimbang ....semoga rezeki penyeri yang di tunggu akan tiba nanti ..
tahniah ... : )
wah..semoga kamu dan dia baik2 saja. tahniah! :D
tak apalah.. utamakan yang lebih utama..
selamat berbahagia..
Post a Comment