Tuesday, January 3, 2012

Cuai



masuk ni dah 2kali rumak aku di kunjung penyamun. tak sampai sebulan. kali pertama gelang tangan, duit dan hp. kali ni nasib tak menyebelahi mereka. ok titik.

bila dah jadi macam ni mula la orang orang bermulut mulut. "tu la.. barang barang letak merata rata..." tu la..cuai sangat.." dan macam macam lagi ayat pemanis mulut di lontar. ok aku terima.

contoh. gelang tangan tu aku bawak. letak dalam kocek seluar. lalu hilang atau jatuh.. "tu la.. lain kali simpan la kat rumah..benda benda macam tu pun nak bawak.."

bila hilang kat rumah, ayat sama berulang... "tu la... lain kali barang beharga bawak la pergi mana mana.."
sekarang mana satu yang betul? semua tak betul kan.. bawak salah, tak bawak pun salah..

tapi, tu kan rumah kita.. mesti la barang barang semua kita tinggal kat rumah... takkan nak bawak semua letak dalam poket..

bagi aku, ni satu ujian.. dan pasti ada hikmah.. sebab aku percaya, kat mana mana pun aku letak, bila DIA kata hilang, pasti hilang...

mungkin aku ada buat salah silap.. mencuri masa.. kerja tak ikhlas... dan macam macam lagi.. aku terima dengan seadanya.. reda dan pasrah.. semua yang aku ada bukan milik aku.. semua tu hanya pinjaman.. dan DIA berhak untuk ambik balik pada bila bila masa...

tapi aku sebagai hamba yang lemah lagi dhoif, tetap mengadu dan berharap, agar di beri kekuatan untuk hadapi semua ni..

orang kata, kalau rezeki kita, ada la tu.. kalau dah tak dapat semula, nak buat macam mana.. betul tak?

"syg, gelang tangan tu abg belikan untuk syg.. ingatkan nak buat surprise kat syg.."
si dia kelu...



7 comments:

lieynanilaz said...

insyaallah...kalau rezeki itu milik kita ..ia pasti kembali pada yg hak...sabar yerr dengan ujian ini..

YATZAKIE said...

sabar ye....munkin ada hikmah atas semua yg terjadi ni..

محمد رازيق said...

sesuatu yang terjadi itu berhikmah. inshaallah. sabar dan jgn sedih2 yer.. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri DAHULU itu..

Cik SHiNJU said...

Sabar byk2 k..dah xde rezeki..
Ade hikmah di sebalik semua yg berlaku.



psstt...syg awak tu suh saya gtau awak dia minta
belikan gelang baru..Saya menyampaikan aje..kikiki...

Meh jawab kuiz!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

bukan semua perkara dalam jangkaan kita.

manusia memang suka bercakap.
tapi bila sendiri hadap,
mereka akan terdiap.

Wahidah said...

redha tu yg terbaek...aperpun takziah lah yeaa

Kunang-Kunang said...

Anggaplah dah bukan rezeki kita lagi.