di tengah hujan malam aku tadahkan
seuntai kata untukku jadikan kekuatan
yakinkkan hari esok lebih bersinar
melawan segala yang datang berlegar
.....yang pergi itu tetap akan pergi
seperti hari hari yang tak akan kembali
relakan hati untuk terima segala galanya
kerana dia pengatur sebaiknya
kadang kala hati ini tidak bersedia
untuk terima apa yang telah di tentukannya
luruh air mata membasahi muka
yang kau lihat tak sama yang ku rasa
di tengah hujan malam aku tadahkan
seuntai kata untukku jadikan kekuatan
yakinkkan hari esok lebih bersinar
melawan segala yang datang berlegar....
1 comment:
betul..masih tidur..sedar tapi buat2 xsedar..hmmm
Post a Comment