Monday, March 5, 2012

Garisan hidup


titik mula langkah kita
sumbang caca merba
satu langkah demi langkah
tak pernah mengalah

sampai kini hari ini
kau sudah berlari
usah lupa asal kita
siapa yang mencipta

usah lena dalam mimpi
nikmat yang menguji
perlu ingat tiap masa
di sana yang utama

usah lagi kau peduli
rintangan dan duri
gengam tangan cita cita
menuju padanya....

andai jatuh dalam noda
harus bangkit segera
tiada masa nak ketawa
mati menghampiri kita

usah ragu kali ini
hidup hanya sekali
jangan sesal akhir nanti
sudah tiada erti




1 comment:

Titisan Hujan said...

tepuk dada tanya iman