Wednesday, October 2, 2013

Belenggu


kita ini ada kalanya terbelenggu oleh kebodohan yang melampau. bukan kerana tiada cahaya pencerahan minda, tapi kita lebih suka berpaling daripada cahaya yang di sangkakan menyilaukan pandangan. padahal cahaya itulah penyuluh jalan.atau mungkin kita rasa lebih nyaman untuk menarik selimut diwaktu subuh hari daripada bangkit dari mimpi untuk mencari jawapan; erti sebenar kehidupan.

dan adakala sifat berdiam diri itu akan menikam diri. malu untuk bertanya pada semesta tentang rahsia beroleh syurga. sedangkan segalanya terkandung dalam kitab; pustaka ilmu. cumanya rasa cintakan membaca belum tumbuh sempurna. lebih suka kita mendengar dan menganggukkan kepala. mendengar cerita dongeng yang entah mana hujung pangkalnya. lagi suka bila ceritanya diluar fikiran biasa. lalu ia di tokok tambah sesedap rasa halwa telinga.

banyak kali kita ragu akan keputusan yang bakal diputuskan; kekiri atau kekanan.bimbang tersalah langkah, berlawan arah. takut untuk mencuba dan berusaha. lagi suka untuk menadah tangan menerima suapan.ada masanya kita perlu berkepompong seperti rerama. mengatur strategi persiapkan diri.

dan acapkali masa itu dengki.

3 comments:

Ocin Chee said...

hye awk.. baru muncul ke? :)

Cik TeN10 said...

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. [2;216]

this is one of my fav quotes! itulah lumrah kehidupan kan. :)

p/s : tshirt masih dlm simpanan.xpos2 pn lg. huhu maintain slim tau takut xmuat plak. hihi ;p

phyca antares said...

Dia tetap akan percaya kita walaumacammanasekalipun hatta ketika kita kurang percaya Dia...
Dia percaya kemampuan kita melalui ujianNya. :/