Sunday, October 19, 2014
budak kecil berbaju comot
seorang budak kecil berbaju comot, baru merangkak usia memegang erat kepingan syiling. hasrat hatinya untuk mendapatkan sesuatu di kedai seorang pakcik yang berpakaian kemas bersongkok adakala dia berkopiah. aku bersama si kecil, hadi mendahului budak itu mencari sesuatu untuk persiapan makan tengahari.
kami dilayan baik seperti sediakala. tiba giliran budak kecil berbaju comot, dia ke arah peti sejuk kedai untuk mendapatkan sesuatu. mungkin untuk mengintai isi peti sejuk, dia menarik tubuh peti sejuk itu dengan sifat dan gaya seorang budak. tanpa di sangka tubuh kecil itu direntap oleh seorang lelaki yang selama ini dilihat penuh baik dan sopan gayanya.
aku yang memerhatikan situasi yang jarang berlaku sedikit tersentak. apalah salah dan dosa budak kecil berbaju comot itu. tidak cukup dengan itu, dia ditolak dan dihalau oleh pemilik kedai. aku terpaku sambil mengalih pandangan kearah anakku hadi yang sedari tadi tidak berhenti mengeledah kedai.
tangan hadi digengam kemas. biarlah pergerakannya dirantai.
setelah urusan jual beli selesai aku terus memacu pulang.
setahu aku, islam itu tersebar luas kepelusuk dunia bukan kerana kekerasan atau kerana mata pedang. tapi ia berkembang dan diterima baik kerana terpesona oleh akhlak pendakwah atau pedagang pada masa itu. islam tidak mengajar kita kekerasan apatah lagi ke atas anak kecil.
bagi aku sikap pemilik kedai yang berpakaian islamik langsung tidak mencerminkan peribadai seorang islam yang sebenar. jika perbuatan itu dilihat oleh orang luar atau penganut agama lain, pasti pandang negatif akan terbayang dikepala mereka mengenai islam.
setelah kejadian itu berlaku, ada 2,3 kali juga aku terserempak dengan kejadian yang hampir sama. barangkali pemilik kedai ini anti dengan budak kecil. mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment