Tuesday, December 9, 2014
tanah liat
kita biarlah seperti tanah liat, yang bisa dilentur dan dibentuk. usah dikira asal usul dan kelemahan lepas. yang penting apa yang kita ingin jadi untuk masa akan datang. mungkin kita boleh dibentuk menjadi sebuah bekas indah atau pasu murah. semua itu tidak mengapa. kerana apa yang lebih penting ialah apa yang kita ingin isi didalamnya.
pasu yang murah jika diisi dengan pokok bunga yang cantik pasti makin mahal harganya. begitu juga dengan bekas yang indah, jika tidak diisi sesuatu yang berharga sudah tentu kurang harganya. jika bekas indah itu diisi pula dengan sesuatu yang berharga mesti makin mahal harganya. jadi kitalah yang memilih, dan jika silap membuat pilihan kita juga yang menanggung kerugian.
kita pada asalnya adalah sama. yang menjadikan kita bernilai dan istimewa pada hari ini bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang untuk masa depan dan apa yang kita isi didalam hati untuk memantapkan diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment