Tuesday, August 11, 2015

UNTUK HARI ESOK

seusia perjalanan ini, tidak terasa jauhnya jarak yang telah kita lalui. semuanya terangkum di dalam satu, diri kita. semua rasa sakit pedih mungkin hilang begitu sahaja diluput waktu. atau mungkin masih tinggal parut parut luka untuk dikenang pada hari tua.
kita adalah apa yang ada pada hari ini. biar serendah dan sehina mana kita pada saat ini, usah terus lemah dan berputus asa. cuba sedaya untuk bernafas dan bangkit semula. usaha hari ini untuk hasil esok yang berharga. dan esok yang berharga itu bukan  hari esok pada hari ini, tapi hari esok selepas kita berhenti untuk bernafas di dunia.
itulah esok yang tiada akhirnya....

1 comment:

Qaseh Dalia said...

hidup tak seindah mimpi yg kita selalu angankan , kdg ujian buatkan kita terduduk tapi sebenarnya ia lagi menguatkan .. mungkin kita terduduk kerana di saat itu sedih yg membelenggu dan dosa2 yg menghantui ... dan yg pasti esok itu penentu segalanya ~ :)