Sunday, January 16, 2011

ADA HIKMAHNYA

sehari dua ni, aku macam dah kematian idea. tulis sikit, buntu. sambung lagi, jem. mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. sedikit sibuk. letih penat dan sewaktu dengannya. tapi tu bukan penghalang untuk aku update blog. harap idea tu cuma hilang sekejap.

balik dari pasar malam, aku terus makan. memang dah lapar tahap dewa. tapi aku pasti masih ada lagi orang lain yang lapar dan tidak dapat menjamah makanan. semoga aku tak lupa bersyukur. ok mungkin mulai hari ni aku nak tulis ayat penuh. atau kata lain ayat skema. hari tu aku ke blog Shinju Lala dan terbacalah kat situ. ada satu kempen untuk blogger. kalau nak tahu apa kempen tu, kena rajin rajin jenguk ke sana ye.

ok tutup cerita bab tu. sekarang aku nak sambung cerita pasal perenggan pertama. sementara cari idea, aku belek kat draft blog aku ni. tengok puisi/sajak/pantun/ atau tulisan aku yang dulu. jadi aku ambik keputusan nak ambik cerita dulu dulu dan post balik. sebab masa tu aku tak pandai lagi main blog. tak ada orang pun masuk sini. aku sorang je dengan dunia aku. mungkin tak ada orang baca dan langsung tak masuk sini.aku pun tak tahu.

sebenarnya sebelum SYAIR SI PARA PARA wujud, aku dah ada blog lain. blog pertama. CERITERA. tapi blog tu tak sentuh sangat pasal puisi/sajak/pantun macam dalam blog ni.blog tu banyak cerita pasal diri aku. sekarang blog tu aku simpan buat stok. sebab banyak kenangan aku kat blog tu.sayang pulak nk padam.ok  bila aku rasa macam aku sorang sorang je yang baca dan buka blog tu, aku cuba buat blog lain. maka terlahirlah blog ni. warna putih macam sekarang ni la.terima kasih untuk NICK IRFAN. bagi aku dia tu pemangkin semangat aku untuk berblog.aku minat giler cerita hantu dia.

dah panjang aku melencong ni. rasanya ni la post yang paling panjang dan skema aku pernah tulis.ok la. kesian orang yang baca. mesti bosan kan. tak apa. dah nak habis ni. aku nak cerita sikit sebab apa aku buat sajak kat bawah ni. tajuk, ada hikmahnya. 

masa tu aku tengah belajar lagi. aku buat sebab masa last sem tak silap aku, motor kawan aku kena curi. baru beli la jugak. tak sampai setahun. memang sedih la. sebab aku selalu jugak bawak motor tu. pergi kelas. pergi pusing satu KL. memang banyak kenangan la. tapi nak buat macam mana kan. CCTV ada pun tak boleh nak kesan sape yang ambik. tak nampak pun motor tu keluar dari bangunan. mungkin tu ujian untuk dia. apa yang kita boleh kata, bersabarlah...



ni header blog aku yang dulu


Telah tersurat semuanya
Semenjak dari azali lagi
Perjalanan hidup kita
Harus tempuh suka dan duka
Hentikanlah air mata
Berserah pada yang Esa
Semua telah terjadi
Tiada guna bersedih lagi
Pasti ada hikmahnya
Disebalik yang terjadi
Mengajar diri kita
Menjadi lebih dewasa
Ingatlah waktu bahagia
Saat kau rasa gembira
Jadikan pengubat duka
Hilangkan semua sengsara
Hari ini harus dilalui
Untuk bertemu hari esok
Rintangan harus dirasa
Agar hidup lebih bermakna



p/s: kalau ada salah ejaan tu mintak di abaikan ye. aku tak ambik BM dulu.hehe




pernah di post pada 17/02/2010.

7 comments:

NICK IRFAN said...

eh! ko ingat lagi cte hantu aku tu? hehe terima kasih sbb ada nama aku dlm entry ko ni? masa aku follow blog ko pertama kali tu sbb aku tgk byk sajak kebetulan aku minat sajak jd terus aku follow x sangka plak aku bgi ko semangat utk truskan berblog... hehe thnkz lagi sekali!

Cik SHiNJU said...

Amboi...skolah katne smpai x ambik BM tu..hehehe..saya buat n3 dalam BM yg betul setiap 15hb jer..hari lain guna ayat pasar balik..hehehe..

Gambar header blog lama tu snap sdiri ker? katne lokasinye? indahnya..rase mcm nak p sana...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko xambik BM???
hebat...
hehehe...

Farhan Zulhusmi said...

minat erk cite antu dia???
sama lah kita..hehee

Hidayati said...

Kekeringan idea tu memang biasa. Kalau nak menulis.., JANGAN:-
1. time ngah lapar
2. Ngatuk
3. tergesa-gesa.
Confirm idea tak kuar. Paling bagus, sebelum menulis:-
1. buat air feveret. Kalau akak confirm nescafe 'o' panas.
2. Berada dalam keadaan tenang
3. Kenyang. Perut yang kenyang memberikan kita rasa yang amat selesa & gembira.
4. Jika tiba2 ader cetusan idea best, catatkan point2nya. Cetusan idea memberikan kita semangat untuk menulis.

melatidaisy said...

sy suka puisi2 di sini..teruskan menulis :)

Tapak Kaki said...

ang belajar kat mana berpuisi semua ni...? aku suka gak tapi main hentam.. pernah jugak tulis puisi tapi tak berani nak post.. kang kena bahan.haha