Thursday, February 18, 2010

ANAK




anak
anugerah yang tak ternilai
cahaya mata untuk ibu bapa
menjadi penyejuk jiwa

anak
di belai dan di manja
di jaga penuh setia
itulah yang sepatutnya

anak
kini tiada harga
di buang di bunuh di bakar
sikit pun tiada belas

anak
engkau kain putih
suci mu tiada noda
walau hayatmu sekelip mata

anak
engkau pemberi syafaat
kepada ibu dan bapa
insan yang tercinta

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. Sedap juga syair di atas. Buat la lagi syair tentang buang, bunuh atau kekejaman terhadap bayi/anak.

telagaburuk said...

insyaallah...selagi ada yg ingin menbaca,,semoga Allah memberikan ilham untuk kita...




kita kembali ke zaman jahiliyyah...