Thursday, February 18, 2010

KINI




Kini

Bertambah benci

Semakin sakitnya hati

Kerana perbuatanmu

Menghancurkan bangsa sendiri

Demi kuasa dan nafsu duniawi

Pernahkah kau fikrikan kami?

Kini

Mata mata memerhati

Tak pernah terpejam

Tak akan terlena melihat

Setiap episod kejahatanmu

Yang semakin memakan diri

Dan kami menjadi saksi

Di atas tindakamu yang keji

Kini

Kami sedang menunggu

Saat kau jatuh tersungkur

Menanti untuk di adili

Membongkar satu persatu

Kerja kotor tanganmu

No comments: