Monday, February 14, 2011

TANGKAP MUAT



ke sana ke mari
mencari teman sejati
mencecah sejuta jiwa
aku tangkap muat sahaja
tidak perlu banyak bicara
temanmu temanku jua
antara kita tiada beza

kata kata di hujung jari
tidak perlu kesana kemari
aku berani hentam sahaja
kalau silap keluar berita
polis datang tanpa di sangka
cubalah lari kemana sahaja
asal selamat untuk seketika

dalam selimut aku sembunyi
seorang diri diam terkunci
mata melilau mencari mangsa
untuk ku hentam sesedap rasa
jangan marah jangan terasa
hidup ini hanya sementara
kalau boleh maafkan saja


tepuk amai amai belalang kupu kupu
teruk zaman sekarang ramai yang menipu...



p/s: korang rasa lain macam tak hari ni?

5 comments:

A.s.t.i.n.a said...

sedih kan kan...
sgt sedih..

Kakzakie said...

Kakak baru habis makan. Tunggu masa solat Zuhor masuk rumah Si Para Para. Kakak ada rasa macam-macam. Geram, suka, hairan dll.Hehehe...

Wuucin Kimora said...

Rasa lain..sbb...sbb.... xmandi lg kot.. hahaha

ghost writer said...

ko dah buat apa nih..sampai polis nak cari nih..


lemak lembu lemak tak tepu
sebelum ditipu baik menipu

apisv2 said...

salam,
melawat dn mengunjungi rakan segmen;p
dtg dr blog abg ben;D
slmt berkenalan=D
saya seorang blogger aktif;)