Mencari ketenangan disebalik kegusaran
Di sepanjang perjalanan ini penuh dengan keindahan
Penuh dengan keajaiban yang tak pernah ku bayangkan
Lautan biru gunung ganang langit luas terbentang
Pelbagai warna rupa bentuk kejadian
Membuktikan kekuasaan dan kebesaranMu Tuhan
Ya Allah nikmatMu tak terhingga
Tak mampu ku hitung sepanjang usia
Tak dapat ku balas untuk selama lamanya
8 comments:
suka rangkap last :)
nikmat mata adalah salah satu nikmat yg besar Allah berikan kpd kita...
tanpa mata ini..tak mungkin untuk kita melihat keindah dan keajaiban ciptaanNYA yg penuh warna warni...
tutup mata dan cuba bayangkan.........
dunia hanya pinjaman..
dunia hanya taman permainan yang Allah ciptakan untuk makhluk2nya..
kita seperti anak-anak kecil yang sedang berlari-lari di taman permainan itu,
kadang-kadang terjatuh,
menangis..meratapi kepedihan itu..
namun kita juga acap kali melupakan Dia,
mengongoi mengadu padaNya atas segala kesakitan itu..
tapi Alhamdulillah masih ada yang ingin meratapi semua itu..
yang masih berpegang pada 2:30 dan 51:56..
manusia dicipta sebagai khalifah dan abid..
insyaAllah moga tsabat di jalan Allah..amin
;)
nice post ;)
gReeN pEAce..semoga kita tidak melupakanNYA..
2;30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
51;56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
sugar2 kapas strawberry...:)
sajak ko semua best belaka! mne ko dpt dea tulis sajak? kalau aku ko tnye mne dpt idea tulis cte hantu aku slalu tulis pkul 3/4 pagi masa tu idea byk dtg....
idea..hmmm aku tak kira waktu nick...bila bila masa je..time ada idea boleh la tulis..kalau time lembab, jgn harap la...byk lg la sbb yg membolehkan dpt idea..lg pun skrng ni perkara yg bukan bukan byk berlaku...yg berlebal lama tu aku dah buat lama..mcm sajak kat atas ni...aku buat masa aku sekolah lagi..
ni la komen pertama aku yg di taip panjang panjang..haha harap dpt menjawab pertanyaan en.nick.
Post a Comment