Saturday, March 13, 2010

KHAS BUATMU



senyum terukir
air mata mengalir
sangat terharu dengan kejayaanmu
berkat usaha dan doa kepadaNya
kini kau merasa nikmat berjaya
semua sayang dan suka
hari yang gelap rasa terang ceria
kerana engkau telah buktikan
usaha tangga kejayaan

tetapi awas
jangan kau terlalu asyik
usah terleka dengan apa yang kau ada
kerana perjalananmu masih terlalu jauh
bimbang nanti kau akan jatuh

tahniah ini khas buatmu
kerana aku tahu kau telah mencuba
hari ini kau gagal tak mengapa
esok lusa kau harus kuat bekerja
lipat gandakan usaha
yakinlah kepada DIA
kelak nanti kau akan berjaya
kerana aku percaya
tiada yang mustahil di dunia ini

jadi hentikanlah air mata itu
aku sentiasa mendoakanmu
agar suatau hari nanti
kau menangis gembira


" JANGANLAH ENGKAU BERPUTUS ASA KERANA PUTUS ASA ITU BUKANLAH AKHLAK SEORANG MUSLIM. KETAHUILAH BAHAWA KENYATAAN HARI INI ADALAH MIMPI HARI KELMARIN DAN IMPIAN HARI INI ADALAH KENYATAAN HARI ESOK " - IMAM HASSAN AL-BANNA -

8 comments:

Frodo Baggins said...

wohoooooo ~~ cool!!


maka jgnlah kita berputus asa ...
ngehehehhehe

Wanita Itu said...

nice :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nice...
terbaek buat pengajaran....
jgn menyerah....

Anonymous said...

so.... jgn sesekali give up.. chayok2...

si para para said...

Frodo Baggins
hehe cool..hot..cool...

si para para said...

Wanita Itu
thnx..buat semangat...

si para para said...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
biar putih tulang jangan putih mata...

si para para said...

Anonymous said
teruskan usaha..berusahalah~~