gambar daripada blog ♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
di tengah terang ini
aku masih teraba raba
mencari tangan yang membantu
memimpin aku kejalan yang benar
namun tiada dahan untuk ku berpaut
tiada tangan untuk ku gengam
kaki ini terpaksa aku ayunkan
ke mana sahaja mencari teman
dalam jatuh bangun perjalanan
luka kecil itu membuatkan aku lemah
hampir sahaja aku berputus asa
hampir sahaja aku titiskan air mata kecewa
terbujur di satu sudut gelap
aku bertanya pada diri sendiri
masih adakah mereka yang punyai hati
yang menghulurkan tangan tanpa di pinta
dalam jauh aku termenung sedih
terdengar sayup suara memanggil
siapakah itu? siapakah mereka?
aku di sini seorang diri..aku masih wujud..
aku menoleh tapi tiada sesiapa
namun suara simpati itu dapat ku baca
suara semangat dan persahabatan itu jelas dan nyata
engkau bersamaku hampir setiap masa
aku mengerti apa yang belum aku sedari
aku punyai teman dan kawan di luar sana
yang sudi membaca dan mendengar keluh kesah
yang punyai hati dan jiwa insan
13 comments:
menarik:)
Takkala hati sedih
Takkala senyum menjadi hambar
Takkala jiwa meruntun
namun yang pasti kau tidak sendiri
Walau rintihan mu tidak ku dengari
namun.....
bait bait luahan itu
masih utuh
masih mampu anak mata ku
menangkap satu persatu
walau bibir mu tidak membicarakan
namun jejemari mu
menggantikan kata-kata
berbicaralah....
berbicaralah...
berbicaralah.....
aku kan terus menangkap bicara itu
agar kau tahu
luahan mu mendapat perhatian ku.....
>>____<<
yakinlah kita tdk keseorangan ..
((Sambil hulur aiskerim))
syafawani
terima kasih..
Natasha
terima kasih kerana memahami...
Frodo Baggins
nk aiskerim.....
bermadah siot...
hehehehee...
best and sgt menarik....
en. fauze x keseorangan...
ade tika di sini ^^
♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
madah untuk sahabat.. :)
pensel kontot
korang lagi best dan menarik :)
ice juliette
thx tika...selalu dtg sini...rasa sentiasa berteman. :)
sebelum senja berganti pekat malam
nikmati pelayaranmu
datanglah dengan kemenangan
sekalipun satu dayung patah
kau takkan kehilangan arah
semangat dan tekad masih utuh
jatuh dan jatuh lagi itukan warna hidup....salam hati...;)
Post a Comment