Tuesday, March 23, 2010

MISTERI KISAH SEORANG TUA

sekadar gambar hiasan


waktu itu aku gembira
dapat bertemu sekian lama
hari itu aku datang kau tiada
rupanya kau sakit seperti biasa

kau berdiri aku pun sama
kita ketawa membualkan cerita
tiba tiba kau bersedih hati
membuka pekung yang lama terkunci

air mata mu perlahan lahan menitis
suara mu itu seakan akan terputus
aku hanya mampu mendengar
hanya mampu menyuruh kau bersabar

banyaknya bebanan bagaikan menggunung
tetapi lagi berat apa yang kau tanggung
di akhir perbualan itu kau masih tersenyum
sembunyikan derita yang bertimbun

di dalam hati air mataku mengalir
aku berlalu engkau pun begitu
saat itu masa bagaikan terhenti
fikiranku sedang ligat berfikir

engkaulah wanita yang sangat tabah
semoga urusanmu di permudahkah Allah
kisahmu itu menjadi pengajaran buatku
agar menjadi insan tabah selalu






"janganlah engkau bersedih
bila di timpa pelbagai masaalah
teruslah berusaha gigih
usah terus menyerah kalah"

4 comments:

myQza said...

nukilan yg meresap dalam hati :)

cik helena said...

sedih lah..huhu

piewahid said...

semoga semuanya kembali ceria...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye...
jgn menyerah...