dahulu mereka dalam kegelapan
hingga anak perempuan di korbankan
anak lelaki di sanjung tinggi
jadi kebanggaan suami isteri
kerana itu mereka di hina
membunuh anak yang tak berdosa
tapi mereka buta hati
tiada petunjuk dari ilahi
sehinggalah di utuskan rasul
insan agong lagi mulia
membimbing mereka ke jalan yang betul
mengangkat darjat kaum wanita
maka lahirlah masyarakat yang aman
berpegang teguh terhadap islam
hidup di limpahi cahaya keimanan
tiada lagi benci dan dendam
kini keadaan begitu berbeza
di luar tenang di dalam bergelora
adakah aku silap membuat perkiraan
kita sekarang lebih teruk dari zaman kegelapan
setiap hari mereka di rogol
setiap hari mereka berzina
setiap hari mereka melacur
setiap hari begelumang dosa
anak anak kecil mereka di buang
tidak mengira lelaki atau perempuan
sudah hilang kasih dan sayang
tiada lagi rasa perikemanusiaan
dia di buang tanpa rasa curiga
dia di bunuh tanpa rasa bersalah
dia di dera tanpa rasa apa apa
ternyata mereka tidak takutkan Allah
zaman apakah ini
lebih teruk dari dahulu
enakkah hidup begini
inikah yang di katakan maju
maju hingga lupakan tuhan
hiburan semakin melalaikan
bangunan semakin megah berdiri
tetapi hati semakin mati
aku bimbang bala Allah datang bertamu
engkau dan aku turut mendapat sama
No comments:
Post a Comment