CONTEST!!! : If I Were A Millionaire
Thursday, February 04, 2010
Mode : StickyAnda bosan tidak tahu apa yang mahu ditulis di blog anda? Buntu? Ketandusan idea? Apa kata korang semua sertai contest aku ini. Sekurang-kurangnya, ter'update'lah juga blog korang. Manalah tahu jika korang bernasib baik, korang boleh menang contest aku ini?
(credit to Emila Blog)
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Contest ini senang saja. Anda hanya perlu menulis satu entry berbentuk esei menceritakan tentang angan-angan @ impian ATAU pengalaman anda sebagai SEORANG JUTAWAN (tu pun kalau ada la..). Anda bebas menulis samada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Bahasa-bahasa lain seperti Indonesia, Thailand, dan mana-mana bahasa yang tidak berkaitan, janganlah tulis ya. Kalau tulis juga, aku geget korang. Haha.. Antara syarat-syarat lain adalah seperti berikut;
1) Sila 'link'kan entry korang ke blog aku (syarat umum dan WAJIB).
2) Sila maklum penyertaan anda di ruangan komen entry ini, BUKAN di ruangan chat.
3) Anda BEBAS salin dan tampal (copy and paste) ilustrasi di atas, buat perhiasan. Haha..
4) Tajuk entry BEBAS! Asalkan kandungan entry tidak lari tajuk, okey? Haha..
5) Sesiapa pun boleh sertai, tidak kisah follower ke bukan follower ke.. Join je..
Hadiah.. Hm.. Hadiah ek..? Korang mahu hadiah juga ke? Haha.. Okey.. Hadiah-hadiahnya;
Pemenang tempat pertama, akan mendapat title 'Mat/Minah Jenin Era Baru' DAN RM30 top-up.
Pemenang tempat kedua, akan mendapat title 'Pengigau Siang dan Malam' DAN RM20 top-up.
Pemenang tempat ketiga, akan mendapat RM10 top-up tanpa apa-apa title. Hahaha..
(Yang pakai postpaid, hadiah boleh convert ke tunai)
Pemenang tempat kedua, akan mendapat title 'Pengigau Siang dan Malam' DAN RM20 top-up.
Pemenang tempat ketiga, akan mendapat RM10 top-up tanpa apa-apa title. Hahaha..
(Yang pakai postpaid, hadiah boleh convert ke tunai)
Nampak aku macam main-main, bukan? Oh, tidak. Title tu mungkin main-main. Top-up tu bukan main-main, okey?
Hadiah tidaklah selumayan mana pun. Ini adalah contest suka-suka saja. Budak-budak sekolah pun boleh karang esei macam ini. Kalau sebelum ini, korang asyik gelakkan esei budak-budak sekolah, apa kata korang plak tulis esei. Boleh kita gelak sama-sama pula. Amacam? Ada berani? Kalau berani, jom sertai contest dari aku ni..
TARIKH TUTUP:
4 MAC 2010!!!
cikgu: munir, kalau kamu jadi jutawan kamu nak buat ape?
munir: kalau saya jadi orang kaya saya nak buat rumah cantik cantik untuk mak saya....lagi pun ayah saya dah tak ada....saya nak duduk dengan mak...nak ada orang gaji...nak mak selesa...
cikgu: bagus munir...tu je ke munir..?
munir: ada lagi cikgu...lepas tu saya nak ajak mak saya pergi makkah...buat haji...nak pergi dengan mak...mesti mak gembira....lagi pun mak selalu sebut nak pergi makkah...tapi duit tak cukup...
cikgu: (bagus betul si munir ni...mesti mak dia bangga kalau tahu)
munir: lepas tu saya nak derma kat anak yatim...lagi pun saya anak yatim jugak..kesian mereka tak ada mak ayah...tak dapat hadiah...saya nak buat mereka gembira macam saya....lepas tu kan cikgu...
cikgu: err ada lagi ke munir....
munir: ada cikgu...lepas tu saya nk bagi hadiah banyak banyak kat cikgu..sebab cikgu ajar saya....kalau cikgu tak ajar saya mesti saya tak pandai..macam mana saya nak jadi jutawan kalau saya tak pandai...betul tak cikgu....
cikgu: betul tu munir...murid murid sekalian...contohilah munir....bila kita ada duit banyak banyak kita kena ingat ibu kita...ayah kita....orang orang miskin....barulah rezeki yang kita dapat tu berkat..faham semua..??
murid: faham cikgu..!!!
6 comments:
baek hati munir tuu..
wlaupon slaloo uat hal..
hahaha..
lw jadik jutawan ea..
n k uat pe ye??
xpenah pk pon... huhu
hehe ice kena tanya munir la kalau macam tu...
munir mmg udaq genius.. hahaa.. ade saje akalnye...
hehe perjalanan munir masih jauh...
entry yg kreatif..
accepted..
tgu result k..
=)
hehe tu semua munir punya pasal..hehe
Post a Comment