Sunday, April 25, 2010

KEMENANGAN SEBENAR MILIK KITA




berperang di medan harta
merebut pangkat dan kuasa
pasukanmu lengkap bersenjata
bersemangat penuh tekad

namun askar kecil tetap melawan
bangun walau di ulit habuan
bermatian biar pun tahu hakikat
kemenangan itu senipis kulit bawang

medan tempur ini engkau kuasai
setiap penjuru engkau perhati
bersedia dengan penembak tepat
sasarannya di setiap mata dan telinga

kemenangan itu milik mereka
kemenangan sebenar milik kita
usah kau khuatir atau ragu lagi
peperangan ini hebat pada zahirnya

ayuh teruskan melawan
setiap saat jangan di lepaskan
pastikan roda sentiasa berputar
pastikan kita tidak terleka

3 comments:

Cik SHiNJU said...

Salam...
sajak ini best...
sila bukukan sajak2 anda ini krn ianya begitu berharga...

Unknown said...

sajak utk rakyat palestin ker? wah! best! eh! xde dh ke cte munir? haha

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

zaman skrg, zahir tak mencerminkan lahiriah seseorg.. mcm tak kena je istilah 'first impression'..

erk..
kena ke tak comment dgn puisi ni?