pernah dia bersamaku
di setiap erat gengaman itu
dia diantara yang istimewa
hanya satu dialah permata
wajahnya itu ada cahaya
tanda ceria seluruh jiwa
dia di belai dia di jaga
aku rela tanpa di paksa
sayangnya kini tiada lagi
aku mencari segenap mimpi
nyata dan sedar dia tiada
sememangnya dia tiada dua
sehingga di saat ini
masih lagi aku mencari
walau sedar dia tiada
hati terasa dia masih ada
mungkinkah aku kurang hargai
apa yang pernah aku miliki
memang ada kesal di hati
namun semua telah terjadi
tiada guna bersedih lagi...
hargai apa yang ada...
10 comments:
kene sentiasa menghargai...
=.=
yg pergi biarkn pergi.bila bnda yg ad dpn mata..silala hargai..myesal kemudian hari xguna lg ;(
patah tumbuh ilang berganti tak??
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
bersyukur dgn nikmatNya..
tapi selalu begitulah..
bila ada depan mata mmg tak dihargai..
dah hilang baru rasa nak hargai kan.. :(
salam,
kehilangan itu amat pahit
namun sentiasa meingangatkan diri sendiri bahawa setiap yg bermula pasti berakhir dan hargai sebaiknya sementara ada ...
aku ske sajak ni mmg best! ha! thnkz bro! komen entry byk giler! nnt ak komen balik... hehe
kita slaloo sedar yg owg tu pntg ble dia da xde nan kta ag.. hurmmmm...
btw, smile owez ye en.fauze..
have a nice day...
kebiasaannya kita menghargai sesuatu itu setelah kehilangannya..
salam kenal :)
Post a Comment