Monday, October 18, 2010

ENGKAU DAN AKU MENJADI SATU




sudah tertulis
sejak dari mula
perjalanan kita
sejauh ini akhirnya
tiada yang menduga
aku dan engkau pun sama
mungkin ini ketetapi ilahi
kita mara selangkah lagi..

ingatkah engkau
pada satu ketika dahulu
engkau dan aku tunduk malu
tika mata bertentang mata
mengukir saat pertemua pertama
sepi tanpa kata..


lupakah engkau
bagaimana cerita ini bermula
penuh dengan air mata
penuh dengan gelak tawa
hingga terbawa ke alam mimpi
terbayang bayang sehingga kini..
cubalah kenang semuanya
pasti senyummu terukir ceria
jadikan ia pedoman yang berguna
sebagai bekalan pengalaman
untuk meneruskan sisa sisa perjalanan
bagi mengelak tersalah langkah
kerana bahaya menanti di hadapan..

dengar ini pesanku
agar kita beringat selalu
hidup ini penuh duri
saat pahit pasti kita lalui
teruskan bertahan
teruskan bersabar
aku sentiasa di sisimu
menghulurkan tangan saat kau terjatuh
untuk mengangkat engkau kembali
kerana kita harus bangun dan berlari
mengejar impian yang pernah di patri


semoga dengan izin ilahi...
kita di satukan..

6 comments:

Unknown said...

aku suke denga sajak neh
sajak neh kan?

Cik SHiNJU said...

InsyaALLAH...semoga apa yg kalian impikan tercapai...Amin :)

najihah sahami said...

aminn~ ye para-para....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

indah...

Unknown said...

wah! teruskan menulis sajak kembali bro! sbb rindu dgn sajak2 ko yg menarik2....

annfrendly said...

amin.
semoga bahagia selalu.