Thursday, December 9, 2010

SETAKAT INI



tak pernah berhenti
aku atau diakah yang berlari
saat aku terpaku
dia tetap pergi menjauh

aku gagahkan kaki
melangkah tanpa rasa jemu
walau sakit jasad menanggung
tak akan aku menyerah kalah

rasa sesekali
ingin menoleh ke belakang
banyak yang tertinggal di sana
hinggakan aku hampir terlupa
liku liku yang pernah aku lalui
sehingga aku menjadi aku

harus ku akui
segala yang aku nikmati
adalah anugerah darimu
yang tak pernah dapat aku kira
hingga ke hujung usia

sesaat aku berhenti
berjuta cerita telah terjadi
ingin aku mencari rahsianya
di sebalik indah namanya
agar aku menjadi hamba

8 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hamba yg taat....

Unknown said...

terus je kedepan
jgn toleh2 keblkg dah
sbb ade byk lagi dugaan yg nak dilalui kat depan tu...
betul x?

Melatidaisy said...

deeply meening touched my heart :)

Cik SHiNJU said...

Nice one..
Macam besa..nak kopipes wat azimat.. :)

si para para said...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

taat selalu..

si para para said...

Pensel Kontot

betul tu.kat depan lagi mencabar..lagi dengeres

si para para said...

melatidaisy

:)

si para para said...

Cik SHiNJU

nk copy kena byr 50sen.hehe