Monday, February 14, 2011

POLITIK DI MALAYSIA PADA PANDANGAN MATA JARUM




entri ini adalah sambungan dari entri lepas...kita sebagai rakyat malaysia perlu matang dalam berpolitik...kerana kuasa itu berada di dalam gengaman kita..kita yang mengores kertas undi untuk memilih pemimpin..jika baik pilihan kita, maka baiklah nasib kita kelak..kalau sebaliknya, kita dan anak cucu kita yang akan menanggung akibat tangan kita sendiri..rasanya cukup panjang untuk pendahuluan...

realiti politik di malaysia begitu berbeza sekali...sebahagian dari kita masih lagi berada di takut lama...siapa yang membina sekolah, balai polis, jalan raya dan infrastruktur yang lain, mereka itulah yang layak menjadi pemimpin. sebenarnya fahaman ini silap...sebuah kerajaan yang di bentuk, tidak kita parti di bahagian mana sekalipun, wajib untuk mereka menyediakan kemudahan dan menjaga kebajikan untuk rakyat...cuma yang membezakan keduanya adalah proses melaksanakannya samaada telus ataupun tidak..

ketika di pilihan raya kecil berlangsung tidak kira di mana sekali pun, rakyat di kawasan tersebut mendapat harta bagaikan durian runtuh...banyak projek di tabur...banyak janji di buat..tapi sekurang kurangnya penantian rakyat selama ini terjawab...jika tiada pilihanraya kecil, batang hidung YB pun tak nampak..

kita harus memandang perkara ini kepada dua..kesan baik dan kesan buruk...kesan baiknya mestilah kepada rakyat..ya rakyat pasti gembira apabila mereka di curahkan pelbagai kemudahan setelah betungkus lumus bekerja untuk mencari rezeki..di tambah lagi dengan harga barang yang melambung tinggi, minyak semakin mahal sudah cukup membebankan kita semua...tapi bila di curah dengan bantuan ini, sekurang kurangnya meringankan beban mereka..tapi persoalannya berapa lama meraka dapat bertahan dengan bantuan "segera" sebegitu?

kesan buruknya pula kembali kepada kerajaan itu sendiri... pasti timbul persoalan di fikiran kita... mengapa bila ada pilihanraya kecil baru ada bantuan dan projek..kenapa ada pilihanraya kecil baru boleh berjumpa dan kenal dengan YB..mengapa masa pilihanraya kecil berkoyan koyan wang ringgit di tabur...mengapa masa pilihanraya kecil berlaku akan banyak janji dibuat...mungkin ada yang tidak peduli akan semua ini...tapi bagi aku, perkara ini sanfat patut di titk beratkan..


aku mengambil jalan mati kerana menulis entri berkaitan politik..sebab aku rasa bagi sesetangah orang ini isu sensitif..tapi aku cuba mengambil jalan tengah untuk menyuarakan pandangan dan pendapat aku...mungkin ada yang suka mungkin ada yang benci..bagi aku itu lumrah...aku mohon maaf sekirannya ada pendapat dan tulisan yang aku tulis ini berlawanan dengan perkara sebenar...pengetahuan aku tentang politik masih lagi cetek..harap korang yang lagi pakar tu tolong bagi pendapat yer...

p/s: kalau kat negara orang, minyak naik sekali, mesti akan ada bantahan kan...di malaysia masih lagi aman.




.

21 comments:

ghost said...

sebab masa tuh semua orang mudah diperbodohkan...

Unknown said...

realiti jgn kita tutup dgn alasan....awk tulis tue realiti...benda yg mmg jd n dah jd budaya politik kat malaysia pun...mungkin kita bukan sesiapa atau mungkin kita hanya sekelumit insan yang cetek sgt pemikiran lam politik...but it true right....
~hanya jd pemerhati politik~

A.s.t.i.n.a said...

marilah kita berpiket!

sebenarnya kita kurang kesedaran pergi mengundi..

KUREKURE COMEL said...

hhmmm...terlampau byk mkn budi....
susah nk ubah mentaliti org lama...

si para para said...

@ghost writer

betul jugak tu..tapi sekarang pun masih lagi kan..hehe err ke salah cakap ni..

si para para said...

@nur intan hazirah

betul tu..elok jugak kita jadi pemerhati..nanti masa yang sesuai kita lakukan tindak balas luar rifleks.hehe

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

jom kita berpiket..opss berpiket tu apa eh..saya pun tak tahu sangat pasal mengundi ni.hehe

si para para said...

@KUREKURE COMEL

betul tu..tu salah satu sebab...
golongan muda cepat berubah sebab mudahnya dapat maklumat di internet..

budi yang baik kita kenang..budi yang jahat kita ?

KUREKURE COMEL said...

sekeh sekeh kan..hehehe

guesswhoiam said...

bgus2 entry kt sni =)

. said...

nice~ kalau menurut pandangan aku, kita takut perubahan. bagi kita rasuah sebesar 100 ribu pun hanya seperti sekecil 10 sen. dimana mereka masih lagi diberi jawatan hebat. harga minyak naik? kita cuba bising dan apa kita dapat balik? kekerasan dalam negara demokrasi. perkataan subsidi itu betul-betul wujud atau rekaan semata-mata?

kita melayu; mudah percaya pada orang yang menaburkan duit dan tanpa sedari duit yang ditaburkan itu hasil daripada duit rakyat sendiri. mereka yang berpolitik songsang ini lebih hina daripada orang penipu meminta sedekah. hasil duit sama cuma cara berbeza dimana kita pandang rendah orang penipu meminta sedekah ini tapi kita memandang tinggi ahli politik yang mengunakan duit rakyat untuk kehidupan mewah mereka.

Sham said...

salam maulid...

saya sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam politik...tengok kiri tengok kanan...jgn dok puja satu hala sahaja...paling tak faham kenapa masih ada yang bersetuju walaupun kos sara hidup makin meningkat...

si para para said...

@KUREKURE COMEL

hahaha sekeh sikit sikit je tau.

si para para said...

@aiMi =)

semoga bermanfaat... :)

si para para said...

@khairul hisyam

sangat setuju dengan pendapat saudara hisyam...

mungkin mereka dah termakan budi..tak mampu nk fikir mana yang patut dan tak patut...

atau pun harta dunia telah menggelah kan mata hati...

si para para said...

@Sham

betul tu..golongan berpedapatan rendah dan sederhan sangat tebeban dengan kenaikan harga barang...

golongan atasan bertambah mewah..

Unknown said...

Politik sekarang ni lebih kepada gila kuasa & gila glamor. mcm kat tempat BJ ni pun seksa juga. kalau boleh semua depa nak dok robohkan. bahkan bangunan2 yg bersejarah. I'm anti politic.

NasQ said...

bosan dengan politik...

e. indah said...

aku kira semua orang tahu dan sedia maklum, tapi rela membiarkan keadaan sebegitu..menunggu saat waktu pilihanraya dan di situ segalanya diminta itu dan ini ..kerna tahu waktu itu akan tertunai permintaan

seperti gosokan pada lampu ajaib jinny...

si para para said...

@BuDaK JaWa

iye ke...teruk betul kan...bila wang dunia yang menjadi pegangan, mcam tu la jadinya...

si para para said...

@e. indah

tapi sampai bila kita harus tunggu lagi kan...

penantian selama 50 tahun...
sabah sarawak ada minyak..terengganu...tapi masih mundur..mana pergi duit royalti selama itu..