Saturday, February 19, 2011

KISAH KITA SI POHON ITU



andaikan...kita semua sebagai sepohon pokok yang rendang dan permai..  aku akarnya... dia batangnya... engakau daunnya... kita semua saling bekerja sama.. aku mencari air jauh di dalam sana... engkau menghantar air ke seluruh tubuh.. dia mencari makanan dari mentari...

walau ribut datang menguji.. kita tempuh dengan suka hati... kita bersatu kuat dan teguh... aku pasti mencengkam tanah dengan tabah....engkau berdiri kukuh.. dia menahan lembut ribut yang angkuh..

tapi bayangkan... aku engkau dan dia tidak sehaluan... kita ego dan sombong... aku tidak lagi mencari air... engkau malas membawa air... dia tidak lagi mencari makanan...

saat ribut kecil datang bertamu.. sekadar untuk bertegur sapa.. kita mula cemas dan tak terkata.. aku tidak hiraukan pertolongan engkau dan dia... engaku tidak peduli tangisan aku dan dia.. dia tak risaukan jeritan aku dan engkau... aku pasti tidak kuat untuk mencengkam tanah... engkau tak mampu lagi berdiri teguh, lemah dan reput... dia pula sudah hampir layu...

akhirnya....




p/s: malam ni aku tak ada mood nak menulis.cuma dapat buat sebuah cerita yang tak sudah...harap korang dapat fikir kesudahan cerita tu..




45 comments:

Anonymous said...

akhirnya kekeliruan menyelubungi diri

Anonymous said...

Tak pandai nak sambung citer.. Hehe.. Tapi dapat disimpulkan betapa pentingnya semangat kerjasama..

Miss Yaty said...

manusia memang sentiasa ego..kalau semuanya ego dan pentingkan diri sendiri semuanya akan kacau bilau...itulah realiti dunia sekarang...

KUREKURE COMEL said...

hhhmmmm....akhirnya musnah akibat terlalu menjaga kepentingan dan keegoan sendiri.....maybe....huhuhu

Anonymous said...

akhirnay ikatan yang kuat terjalin...akan layu begitu sahaja ibarat pokok... pokok akan mati...xde air..xde daun yang melindungi...

e. indah said...

akhirnya ....berakhirlah sebuah cerita, kisah si pokok jadi sejarah

ch!natsu said...

thanks cb bukakan mata.. =)

ctpayong said...

assalamualaikum

begitulah diibaratkan pepatah & peribahasa org2 tua..

bersatu teguh bercerai roboh.
andai ramai dapat baca apa tersirat di sebalik "kata".

Dol said...

wah hebat,

ayat mudah mendalam maksudnya,
indah juga sususan rima,
ku faham erti dan maksudnya, disebalik luahan kata-kata,

begitu jualah manusia,
yang tatkala ini sering serig sengketa,
tidak lagi bergantung sesama,
tidak lagi hidup bersaudara,

hidup dalam berlumba-lumba,
mengejar pangkat dan harta,
mengabai sunnah alam tercipta,
yang bertunjangkan kesatuan sesama ummah~

ghost said...

akhirnya....

ia dibiarkan di situ.menunggu masa untuk tumbang.

hello my prenz,jangan jadi pesimis ok.sebatang pokok masih boleh berinteraksi dengan anggotanya.kejutkan dan mereka bersatu kembali.kamu ketuanya.

amie said...

.....
akhirnya semua tggl kenangan...

. said...

datang pula angin berkata kenapa tidak berkerja sama bukan itukah kerja yang perlu kamu buat? aku ada tugasku dan kamu ada tugasmu, sekiranya kita lalai, dengan siapa lagi mereka-mereka yang lupa itu menyedari tugas sebenar mereka?

aLieF si Muncung ManiS said...

akhirnya kalau dah tak sehaluan,pokok akan mati....dan daun akan gugur..ENTRY BARU ALIEF... -->"korang sanggup ke buat benda ni..??.kalau rasa sanggup,sila baca..huhu..""

nur maisarah said...

kita mati bersama ego kita sendiri. cewah. err

shaukimaravilla said...

si ribut datang tanpa diundang bukanlah untuk membinasakan aku,engkau atau dia..ia hanyalah secebis ujian terhadap ikatan kita=)

white rose said...

aku pun xde mood nak sudahkan...
baik aku sudahkan tido aku nih...

± said...

satu metafora yg sangat dekat dengan kehidupan manusia

si para para said...

@Novelgurl

kekeliruan..boleh la jadi ending cerita tu.hehe tapi tak ending lagi kalau macam tu kan..

si para para said...

@Anitafasha

betul tu...bak kata wonderpet...hehe

si para para said...

@Miss Yaty

betul..tapi biasanya yang ego adalah mereka yang duduk di atas..bak si daun..hehe

si para para said...

@KUREKURE COMEL

maybe..ending ni pun sesuai...

si para para said...

@Wuucin Kimora

kenapa tak terkata..hehe

si para para said...

@deAnza-wAnda

betul..kita kuat kerana bersatu..kita lemah kerana sendiri..

si para para said...

@e. indah

hehehe ni ending segala ending ni..

si para para said...

@ch!natsu

:)

si para para said...

@ctpayong

betul..orang dulu dulu sangat hebat dengan "kata kata"

si para para said...

@r-5

ayat saudara boleh di jadikan sambungan cerita ini :)

si para para said...

@ghost writer

ketua mesti seorang yang tegas dan berani bersuara untuk membuat keputusan...

betul nasihatmu GW..

si para para said...

@amie

kenangan untuk generasi akan datang...

macam sejarah kesultanan melayu melaka..

si para para said...

@khairul hisyam

sangat beruntung jika sang angin itu dapat memberi nasihat dan menyedarkan mereka..

si para para said...

@aLieF si Muncung ManiS

betul tu..walau dulunya mereka pokok besar..tapi mudah sekali tumbang walau di sapa angin sepoi sepoi bahasa..

si para para said...

@| cik azeya |

betul tu..sampai mati pun takkan sedar..

si para para said...

@shaukimaravilla

ujina yang bisa merobohkan kita jika kita masih lagi belum sedar..

si para para said...

@white rose

hehe tido tido la mata...

si para para said...

@Dark Half

pernah dan sedang berlaku di hadapan kita..

A.s.t.i.n.a said...

akhirnya..

pepohon kering layu..
tika itu baru aku kamu dan dia tersedar..
akan peranan dan tanggungjawab..
ego diketepi..
iri ditepis..
moga ada kesempatan..
untuk rimbun kembali..
andai akar itu masih kukuh...

Akar kehidupan adalah agama.. AllahuAkbar..



saya nak tumpang nangis sini..

A.s.t.i.n.a said...

karipap.. eh.. donat.. kenapa tak reply komen saya di atas iniiii >.< ??

A.s.t.i.n.a said...

@ghost writer

takde2 takleh pakai komen ini.. Saya harus jadi ketuanya supaya pokok lebih segar..

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

sedang sesaat jika kita tersedar... akar dahan dan daun bersatu.. maka hancurlah benteng pemisah yang di kukuhkan oleh penjajah di bumi sendiri...maka kecewa yang maha hebat akan melanda mereka...
demikian itu.. antara akar dahan dan daun itu, haruslah bangun dari mimpi indah... teruslah menjadi sepohon pokok yang sebenarnya teguh...

A.s.t.i.n.a said...

tade tade.. tak terima sebab itu komen terpaksa..

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

errr tuan president...saya dah reply komen tuan president...ampun kan kami tuan president...

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

baiklah..tuan president jadi ketua...tuan president kan hebat..saya sokong... :)

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

patik komen seikhlas hati ni tuan presedent..tanya saya kalau tak percaya..hehe

A.s.t.i.n.a said...

takde takde.. kalau ikhlas takkan komen lepas dikomen.. ehh pahamker? saya mcm tak paham..

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

err saya cuba buat buat paham ni..hehe