Thursday, March 24, 2011

ANTIDOTES

sakit


lemah jasad saat menangkis putaran dunia
melalui denai denai kehidupan penuh rahsia
ada yang terluka dan menahan bisa di dada
sakitnya menyerang memusnahkan minda

jiwa parah di pilih memegang kuasa
ramai juga yang mencari penawarnya
mereka berjalan hingga ke hujung usia
sakit dan penat hilang begitu sahaja

warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit

saraf itu berhenti berlari ke sana
pesanan itu musnah sekelip mata
mangsa moden telah hilang rasa
kita tertipu oleh ilusi kimia

pembunuh dalam diam kini berkuasa
di mana mana jiwa yang sakit mencarinya
tersilap langakah kita pasti merana
aku terluka tapi aku biarakan sahaja

warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit





pain killers or silent killers?

18 comments:

e. indah said...

saya tidak gemar
warna putih bulat dan pahit

ghost said...

picca tuh dah cukup menjelaskan segalanya...

Qiez AR said...

sampai bila pula kau akan biarkan kuasa memilih dan memberhentikan kesakitan kau pada yang bulat putih dan pahit itu?

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

aku tak suka ubat...

white rose said...

akak bukan tak suke ubat,
tapi tak suke makan ubat...

ade perbezaan tu...


ya...perbezaan itu cukup sekadar dgn gambar itu...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dalam kate2 mu sahabat...

Hanis Azla said...

kdg tu klu dah terpaksa, dan tak tahan sakit sangat, yg putih, bulat dan pahit itu ku telan juga.. panadol..

Awan Gemawan said...

mudah menghilang sakit tapi sebenarnya menambah penyakit

KUREKURE COMEL said...

si para para rehatkan diri...
tenangkan fikiran...


mina pun tak suka warna putih bulat tu...

pahit bebenor...

Frodo Baggins said...

pastu buh yg bulat putih itu dgn koka kola ... harus ke langit ~ nyamannn

ch!natsu said...

kepada Dia harus kita kembali..~

Monster Anarki said...

banyak manusia yang tak suka ubat
tapi mereka nak sihat..

ubat bagi mereka adalah racun.. hehe

Faaein Himura said...

warna putih bulat dan pahit.... panadol... anggap ajelah itu gula-gula yang paling sedap untuk dimakan... hehehe...

Unknown said...

wah! sajak ko nmpaknya makin lama makin menarik la..

HEROICzero said...

gambar itu sudah cukup jelas.

bebas dari jajahan!

=)

aLieF si Muncung ManiS said...

gambar tu macam sakit je..ada iblis dalam otak..huhu.

intan.maisarah said...

di kelas semalam
pensyarah ku ada beri jawapan
ada beri solusi
ada beri penawar pilihan

:bangun malam
:amalkan baca al-quran
:solat dan solat
:sunnah

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

kimia memang mengsangsikan semua