Sunday, March 13, 2011

BENCANA DI JEPUN, NUKLEAR DAN KESAN DI MALAYSIA



jepun di uji lagi apabila gegaran berukuran 8.9 pada skala Richter di Pantai Timur Honshu benar benar mengejutkan mereka. mereka yang cukup terkenal dengan bangunan yang tahan gempa akhirnya menyerah apabila berhadapan dengan kuasa alam. dikhuatiri 1,000 orang terbunuh berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda mereka. aura di jepun turut terasa di negara kita apabila penduduk yang tinggal di perairan sabah dan sarawak, juga di perairan pantai timur di minta berjaga jaga. di AS turut terkena tempiasnya apabila seorang terbunuh.. ok macam baca berita la pulak. aku rasa korang semua dah tahu pasal ni. jadi aku nak sentuh sikit pasal nuklear.

pada akhir tahun lepas, kita di khabarkan satu berita gembira yang nampak gah dan gagah apabila malaysia merancang untuk membina 2 loji nuklear menjelang tahun 2021,2022.  memang aku dan orang kampung cukup kagum apabila negara kita berhasrat untuk membina loji tersebut walaupun di tentang hebat oleh pembangkang. aku rasa inilah masa yang sesuai untuk kita terima satu perubahan atau anjakan paradikma terbesar buat negara kita. nuklear... dengan menaip perkataan nuklear sahaja aku sudah merasai kehebatannya. cuba la kalau tak percaya.haha

betul. mungkin perlu untuk negara kita membina loji nuklear. satu sebabnya untuk tenaga, untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik, bagi mengurangkan kebergantungan kepada gas dan arang batu. tapi aku tak peduli pasal tu. yang aku tahu, aku cukup bangga bila negara kita ada loji nuklear. nampak hebat bukan? bagi aku sebagai seorang budak kampung cuma nampak dua sahaja faedah, satu untuk tenaga dan satu nampak hebat. maaf, ini pendapat aku sahaja, insan yang doif lagi cetek ilmu pasal nuklear. kalau korang ada maklumat lagi pasal kebaikan loji nuklear, boleh tambah kat bahagian komen.

aku cuba ikut rentak pembangkang. mereka berkobar kobar cuba menyebarkan berita ke sana kemari tentang buruknya loji nuklear. di mana buruknya? akal yang cetek ini tidak mampu hadam sebab yang di lontarkan mereka. katanya bahaya radiasi. bahaya jika berlaku kebocoran. bahaya itu. bahaya ini. dan aku mula dikit demi sedikit membuka jendela akal. cuba mencari fakta fakta. bersandarkan kepada fakta condong daripada perang nuklear, yang hingga kini masih boleh di lihat kesannya, aku mula berubah. kata aku, "bahaya tetap bahaya, biarlah tak hebat asalkan kita semua selamat"

namun pakar pakar dan pihak tertentu masih mengatakan pembinaan loji nuklear itu selamat dan tidak berbahaya. kini aku boleh mengibaratkan loji nuklear itu seperti telur tembelang. memang tak bahaya. tapi bila pecah, awas. dan begitulah yang berlaku kini di jepun. memang sudah jatuh di timpa tangga. malapetaka akibat gegaran dan tsunami menyebabkan mereka panik, tetapi kesan daripada kebocoran dan letupan loji nuklear menyebabkan mereka bertambah panik. mungkinkah kesan radiasi akan melumpuhkan mereka? tapi kalau ikut sejarah lepas, aku percaya jepun mampu bangkit semula.

berbalik kepada point utama, setalah otak ini berfikir dan fikir, aku mula setuju dengan pembangkang. (aku guna pembangkang sebab setakat ini yang aku tahu, hanya pembangkang yang menentang keras pembinaan loji nuklear di negara kita). kenapa kita sanggup berdepan dengan risiko kemusnahan yang teruk? takkan tak ada sumber lain lagi untuk jana tenaga? takkan itu cara terakhir untuk kita? takkan kita nak perjudikan nasikb kita semua semata mata demi satu perubahan yang tak seberapa? kalau tak buat tak boleh ke? kalau tak buat tak maju ke? kalau tak buat tak cukup elektrik ke? atau ada apa apa yang aku tak tahu..


p/s: ni bukan blog politik.

maaf kalau banyak benda berterabur.aku cuba belajar menulis.

memang malaysia jarang berlaku gempa bumi, tapi sebarang kemungkinan boleh berlaku.

46 comments:

Unknown said...

aku xthu nk kata apa sbb xpng merasai lagi nuklear ni mcm mana? mcm bom ker?

KUREKURE COMEL said...

hhmmm...betul2....sbb tu mina sokong tuuutttt..ehhh...netrual...


nuklear mmg bahaya...tgk mcm vietnam..sgt kasihan....


takpelah takde nuklear tu...
terima seadanya..dan sayangi alam sekitar...dan jgn sesekali bongkak dgn alam....serta tuhan YG SATU...

e. indah said...

sebarang kemungkinan boleh berlaku ...
saya bukan pembangkang tapi kalau pmbinaan loji itu memudaratkan lebih dari kebaikan , maka lebih baik saja jangan ...
tapi betul juga jika ingin setapak maju, pembinaan itu dapat mengorak lebih langkah ke negara ke depan...


so i'm in the middle of that choices ...apapun kalau tetap dengan keputtusan itu pastikan segala yang di jalankan dengan teliti dan rapi dan cuba menjangkakan yang tak terjangka nanti ...

sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi ...

ghost said...

angka kematian sudah pun mencecah 1300 orang..setakat ini.

jangan risau,kemungkinan itu sudah semakin menghampiri kita..cuma kena standby..

schuk said...

best tulisan ko bro..
sedap mulut membaca..penuh dengan point2 penting..hehe..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

semua kemungkinan boleh berlaku...
:)

MuNie said...

kesian org jepun.. dan sy setuju dgn anda! hee..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

betol tu, kalo betol knp kita xsokong....

Mr iz said...

ye betul tu... bak kata orang lama la malang tak berbau.. he he he macam tu juga dgn radiasi.... kalau ada altenatif lain guna lah ye tak...risau gak ni... tenaga sawit tak boleh ke...he he he... barlah masak membuat fikiran jgn dah hangus baru nak rasa.... he he ... eh apa aku ngarut ni...he he he

si para para said...

@NICK IRFAN

jangan mintak nick...bimbang jugak, takut takut radiasi kat sana berterbangan ke mari di tiup angin.

adakah keterlaluan aku kata seperti api memakan daun daun kering.dan kitalah daun kering itu.

si para para said...

@KUREKURE COMEL

sebelum buat nuklear, kita kena perkemaskan dulu benda lain. tengok di terengganu, stadium runtuh, itu runtuh, ini bocor, itu musnah. banyak benda lagi kita perlu baiki. jepun memang sudah maju. tapi kita baru untuk belajar jadi maju. tapi betul ke kita maju?

si para para said...

@e. indah


betul tu e..kita sebenarnya di tengah tengah.. jika kerajaan bawa kebaikan untuk kita, kita sokong.. jika pembangkang bawa perkara yang lebih baik dan rasional, kenapa kita tak nak sokong. betul tak..

si para para said...

@ghost writer

kemungkinan yang tidak di ingini..

si para para said...

@schuk

cuba perhalusi..hehe

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

betul tu ceroi..yang penting, adakah kita bersedia untuk terima segala kemungkinan itu..

si para para said...

@MuNie

part mana yang munie setuju tu.hehe

si para para said...

@Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali

betul tu...kuasa ada di tangan kita... hehe macam superman la pulak main kuasa kuasa

si para para said...

@Mr iz

betul tu..walaupun ngarut tetap betul.hehe
pelbagaikan sumber kita yang ada..
bimbang nanti bila dah kena, 7 keturunan tak habis menyesal. tu kalau sempat la..

zati embong said...

pada jat ape2 pembangunan yg diorg nak buat,biarlah fikir kesannya pada rakyat masa hadapan.

M a W a D D a H said...

ekceli aku baru tau yg malaysia akan bt nuklear tu pd tahun 2021, 2022...jgn buat kt kg kita sudah...:p

kalu aku pun xbersetuju sebab bayangkan kalau nuklear tu bocor..memang la ia dikatakan selamat, tapi tu la...walau segah manenya pun, kadang2 kita kena fikir gak dari sudut yg lain...huhuh

keselamatan kita perlu dijaga...jgn terlampau pk maju je...eh...negara kita dah maju bukan....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

harap kita tak trime kesan langsung darinya huhuhhhh

Kakzakie Purvit said...

Allah juga yg tahu atas apa yg kita tak tahu....

. said...

ada nuklear sebenarnya bagus untuk menjana elektrik lagi murah. tapi kalau tidak berhati-hati radiasi. takut malaysia cukup cuai membinannya tengok saja highway, jalan-jalan semua sudah tahu macamana. haha

cik sakdi said...

negara kita bukan macam india yang banyak lembu utuk menjana elektrik, heheh

HEROICzero said...

Malaysia, kalau nak buat loji nuklear, please, please, please, tolong telus. jangan seleweng. sub con sana, sub con sini. rasuah sana lobi sini. lama2 projek let say 1bilion akan jadi kos hanya 500juta.

*buat stadium pon runtuh, ada hati nak buat loji. =)

si para para said...

@zati embong

betul.. sebab kita dah serahkan amanah menjaga segala keperluan rakyat kepada mereka. jadi kena la fikir dua tiga kali untuk buat keputusan..

si para para said...

@M a W a D D a H

betul tu...dengan teknologi dan kepakaran yang kurang, macam macam boleh berlaku. lagi satu, kita punya ekonomi kurang baik..kena utamakan kebajikan rakyat dahulu..rasanya itu yang utama.

si para para said...

@sahromnasrudin

iey..harap pun macam tu..mintak di jauhkan..

si para para said...

@Kakzakie

betul...DIA tahu segalanya...

Monster Anarki said...

kita msti bersiap sedia.. kerana tidak mustahil kena di tempat kita juga.. kerana maksia berleluasa.. mana tahu bala menimpa tak kira usia dan golongan..

terokai seni said...

amik le iktibar

Monster Anarki said...

tak perlu merasa megah dengan pembangunan,, kalau Tuhan nak musnah.. sekelip mata saja..

apezs shah said...

yes itula yg septtnya kerajaan fikirkn blik.. risau sgt..

yanamib said...

jepun negara hebat..hope dorg dpt recover dgn cpt... =)

sekamar rindu said...

salam..

bahaya letupan nuklear tu..sangat dast....

Nadia Mashuri said...

urm..
fikir dulu sblm buat..

Anonymous said...

aku sokong dengan si penulis...

LiFe KaMi said...

radiasi sgt berbahaya boleh menjangkau berkilometer jauhnya,
kalau terkena pada kita, diri dan keturunan kita akan cacat dan membawa maut..
mmg patut guna alternatif lain kita bukan negara yang terdesak..

white rose said...

ha, tu baru nuklear...
belum lagi kiamat...

jangka masa pendek, mmg menjimatkan...
jangka masa panjg, mmg jimat jugak...
jimat nyawa...sekejap je hidup

Amiey White said...

kemungkinan malaysia nak kena gemba bumi tu , xde yang mustahil . perbincangan hujung minggu kami adik beradik pun bincang isu ni~

malaysia nak ada logi nuklear ? di mana sahaja lah malaysiaku yang kecil ni~

rasa x perlu kot....

Pencacai Alim said...

bukan utk kepentingan rakyat atau negara..tapi lebih dr kepentingan diri sendiri

skandaLdariLangit said...

teknologi. kiamat. manusia. khalifah. mungkar.

A.s.t.i.n.a said...

Allah tegur sikit jer tu...

Adinda Amy Sensei said...

oohh..

nik lan nik mat said...

rasenye kat malaysia belom penah gempa bumi lagi

AkuMuzikFilem said...

aku ingat nuklear ini bagus. baguslah kalau dibina dengan baik. sokong komen2 d atas berkenaan sub con, projrk seleng semua. buat stadium pun runtuh