Saturday, March 12, 2011

CUBA SELAMI



sejenak di sini. cuba mencari erti. leka dan alpa telah sebati.
aku berhenti mencari mula
.
cuba pejam mata. rasai gelap membungkus cahaya. bayangkan di sana.
tempat kita kembali seorang diri
.
buka semula. terlihatkah cahaya. bersyukurlah kita masih di sini.
masih sempat merubah diri

sedarlah temanku.semua yang ada disisimu akan di tinggalkan.
segala kemewahan. sedikit pun tak akan membantu

kejutkan diri ini. agar tak terlambat untuk menyesali.
setiap saat amat berharga. jika terlambat tiada guna

berganjaknya masa. makin hampir saat dia menjemput kita.
dan tanpa di sangka. ada yang telah pergi meninggalkan dunia.

kerana di sana. tempat abadi selamanya.
andai kasihNya menyelubungi kita. senyumlah sepuas puasnya....












Cuba selami..sedalam hati..pasti ada sesuatu yang akan kau temui...

34 comments:

zati embong said...

kita xtahu bila ajal akan menjemput.selagi bernyawa,gunakanlah dgn baik

Fiqas said...

telah aku selami,
dan aku temui... keinsafan dalam diri..
mati itu pasti, janji allah itu benar..

★ ⒶⒾⓈⓎⒶⒽ ★ said...

dalam sungguh maknanyer...
like3..~

thx share..~

LadyBird said...

puisi yang penuh dgn kata2 nasihat..

bersyukurlah kita krn masih diberi kesempatan dan peluang tuk muhasabah diri kan..
berubah ke arah kebaikan..

terima kasih atas nasihat itu :)

skandaLdariLangit said...

cuba~

Ic3 Juli3tt3 said...

ice pun nk selami hati.. nak tau apa ada dalam hati.. huhu

Penyair SenjA said...

sayu....cuba selami sedalam hati......hmmmmmmmm.....teralpa selalu membuatkan aku terlupa....

white rose said...

janji...
tetap DIA kotakan...

janji...
manusia yg selalu mungkiri...

ghost writer said...

dan kita pasti akan menuruti mereka yang telah berpergian terlebih awal..

hanya saja kita masih belum mengetahui bila masanya..

NICK IRFAN said...

menarik akan ku cuba selami

KUREKURE COMEL said...

cuba taknak terleka......
tp...jahat tau syaitan ni....






insyaallah....akan cuba selami....

Nasriq said...

cuba cuba dan terus mencuba... yang hanya ku temui... hitam gelap gelita...

Nadhirah-chan said...

yang ni entry terbaru kan ?

Novelgurl said...

Salam..
setiap saat silih berganti pemergian kelahiran...

Cik SHiNJU said...

Semoga kita semua beroleh kasihNYA...

r-5 said...

manusia terleka, saat nafsu berkuasa, saat kita alpa, syaitan menyelinap jiwa, terima kasih sahaat akan ingatan, tulus kau trbitkan, buatku yang lalai takkeruan.. :)

| Larasephia | said...

terima kasih kerana mengingatkan.

bahasa kau indah dan mudah.
rasa macam jatuh cinta.

Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali said...

fahami ape y tersirat....muhasabah diri,

wanythyra. said...

SELAMI ATY yang mngkin k0song lahiriah nya , mngkin juga rohaniah nya ,
ataw kedua-dua ?

sekamar rindu said...

salam....

manusia sentiasa berasa di dalam kerugian..dan sentiasa leka..

Sham said...

tiada apa yang kekal abadi melainkan yang Maha Esa...

bunga said...

daripada-NYA kita datang..kepada-NYA kita pergi..

d_LA said...

entry yg cukup mendalam..jangan mudah terleka, bersyukurlah sementara masih hidup ni..

aLieF si Muncung ManiS said...

sama2 kita mmperbaiki amalan kita..:P

Adinda Amy Sensei said...

sudah kuselam..dan kutemui ketenangan...

HEROICzero said...

......

*diam*

*diam*

*diam*

Anis Akhir said...

berubah lah sebelum terlambat...:)

Nadia Mashuri said...

ingat 5perkara..

Dark Half said...

entry ini membuatkan aku teringat pada lirik2 lagu 'Alam Barzakh' Wings.

disiksa hingga kiamat utk org spt aku. takut bila pikir, tapi masih tak upgrade diri

cemomoi said...

iktibar dari tsunami lagi ni...

M a W a D D a H said...

setiap sesaat memang berharga..jika saat2 tu dibiarkan begitu saje, memang rugi...

KHRLHSYM said...

aku selami hati ini yang ada cuma kehitaman.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hai si para-para sungguh pandai kamu mengarang kata...

A.s.t.i.n.a said...

kita bisa menyedarkan sesiapa jua..
namun sukar utk menyedarkan diri sendiri..

Tolong sedarkan Astina.. bahawasanya karipap itu bisa menggemukkan..