Thursday, March 17, 2011

DARI JEPUN KE MALAYSIA

loji nuklear

musibah di jepun benar benar memberi seribu erti dan pengajaran buat kita. pengajaran yang susah dan mahal harganya ini di bayar oleh nyawa dan darah. ia satu peringatan. seperti kematian itu memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. maka tidakkah kita mengambil pengajaran daripada jepun di atas kerosakan loji nuklear mereka. 

memang benar itu satu benca alam. tapi tidakkah terfikir kesan buruk daripada benca alam itu boleh merubah sesuatu. sepertinya ombak mengubah pantai. tapi sayang seribu kali sayang. pendirian kita terhadap pembinaan loji nuklear masih sama. adakah kita harus diam membisu tanpa kata. atau menunggu radiasi itu merebak memberi pengajaran kepada kita. datangnya lembut di balik angin. tapi kesannya sangat hebat. mungkin 7 keturunan tak akan hilang.

betul. negara kita jarang terkena benca alam yang besar. kita tiada gunung berapi. puting beliung pun tiada. gempa bumi jarang sekali. dan mintak di jauhkan semua itu dari bumi malaysia ini. tapi tidak bimbangkah kita. kerana musibah itu boleh datang tanpa di sangka sangka. apakah jaminan keselamatan untuk kita pada masa itu. di saat kita masih lagi cuba untuk mengenal apakah itu radiasi, kita telah di sapa oleh "mereka". di saat banyak berlakunya keruntuhan binaan mewah seperti stadium, sekolah, masjid dan banyak lagi, kita mencuba untuk membina sebuah loji nuklear. tidak bimbangkah kita jika berlaku kebocoran, meletup, terbakar dan sebagainya.

iye. pasti akan di kendalikan oleh pakar dari luar. memang tidak di nafikan. akan ada mereka yang hebat untuk mengendalikan loji itu. tapi sehebat jepun, mereka boleh panik apabila berlaku kejadian seperti ini. apatah lagi di negara kita yang masih jauh ke belakang. bukan aku menolak sebarang pembangunan, tapi bangunkan apa yang perlu di bangunkan terlebih dahulu. bangunkan taraf hidup kami. lihat sana sini rumah yang buruk. atap yang bocor. naikkan gaji kami. ringankan beban kami. tolong bantu kami yang sangat memerlukan.

satu lagi alasan adalah untuk kemajuan. adakah dengan membina loji itu negara kita  bertambah maju. adakah selepasa membina loji itu, si pengemis dan si miskin serta merta menjadi kaya. adakah orang yang sakit dan menderita akan menjadi sembuh setelah terhidup asap loji. adakah dengan sisa buangan radioaktif itu taraf hidup kita akan berubah. di manakah kewajarannya. adakah kita perlu sokong atau menentangnya. semua itu terserah kepada kita sendiri yang menilai baik buruk di balik pembinaan loji terbabit.

adakah empangan yang di bina selama ini tidak cukup. jika tidak cukup, tiadakah sumber dan cara lain yang lebih selamat untuk kita semua. adakah setelah loji nuklear itu siap di bina kita semua akan mendapat elektrik percuma. kalau tidak, mengapa tidak? bukan kah wang yang di guna untuk membina loji itu adalah dari wang rakyat. hasil rakyat. mengapa selama ini kita tidak mendapat layanan yang baik di tanah sendiri. hey ini tanah kita. tidak kira mana mana kerajaan, tugasnya adalah menjaga amanah, menjalankan amanah. bukannya menghabiskan wang dan harta rakyat. jika aku silap, tolong tunjukkan aku jalan yang sepatutnya aku fikir.

betul. aku sangat emosi. tak apa. aku akan reda sendiri. tapi ini adalah baris baris ayat yang lahir dari dalam diri aku sendiri. jika silap. tunjukkan aku. betulkan aku. aku sangat sangat perlukan bahan dan petunjuk. ajarkan aku perkara yang sepatutnya. kerana aku baru sahaja ingin menjadi seperti buluh dewasa.



rujukan



p/s: kenapa malaysia tak bawak balik pelajar kita yang berada di sana.. keadaan di sana pun bahaya jugak kan..harap semuanya selamat...



maaf jika ada kasar/salah/ bahasa..
ini bukan blog politik.
kalau salah tolong tunjukkan.


entri lepas mengenai jepun, klik sini

34 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang negara xpernah ade bencana...
bg aku SETAKAT INI...
semuanye kuasa-Nya....

. said...

aku sokong bahayanya nuklear :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

kenapalah jepun tidak mendengar kata-kata lama bahawasanya kemusnahan dunia sebelum ini adalah bahan kimia .. mungkin diputarkan ...

sekamar rindu said...

salam...

mula2 kena daftar di wordpess.com.. mcm biasa. ( mcm buat blog)

lepas siap bagi nama blog, dan buat apa yg patut,

klik ke Tool, ( masukkan link blog ini di ruangan [ import]

klik Import..

semua entri blog ini akan di import ke blog wordpress tadi..

mudah saja..

AkuMuzikFilem said...

negara kita tak pernah kena bencana sebegitu. dan kalau berlaku, aku memang tak pernah bersedia. minta jauhlah

yusuf mujahidin ™ said...

Kun fayakun

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

harus mengambil iktibar..

ghost said...

tetiba aku terfikir dalam bab pembinaan loji nuklear yang menggunakan wang rakyat tapi bila dah siap dan disalurkan kita harus membayar akan kemudahan yang disediakan...maknanya apa pulangan yang kita dapat?sepatutnya apa yang kita bayar kita akan dapat hasilnya..tapi apa yang hasil kita dapat kita kena bayar semula..

dikatakan loji nuklear kita hanya untuk penjanaan kuasa dan memberi satu lagi kemudahan pada kita.dan ia juga sebagai mendapat pengiktirafan bahwa negara kita juga semakin maju dengan penghasilan nuklear..

Amiey White said...

ayat last , amiey rasa lebih pada malaysia perlukan step by step untuk ambik pelajar malaysia .

:) . sabar lah . and amiey takut keadaan sekarang bukan hanya ini . tapi peperangan , nuklear , tsunami , politik . dunia makin x aman :(

A.s.t.i.n.a said...

Astina masih umpama rebung.. wahai buluh dewasa, tolong ingatkan Astina..

wanythyra. said...

waA , satu perk0ngsian yg menarik .
Membuat kan dyri ku membuka mata luas2 .

white rose said...

aku sokong statment kau ni dik...
bahaya dalam jangka masa panjang...

sape punya idea laa...

sedangkan tun mahadhir pun dah kluar statement yg loji tu tak bole dibina sebab malaysia xde kepakaran tentang itu...

Anonymous said...

Assalamualaikum Para,

Disebalik kebaikan tersembunyi kebaikan daripada teknologi maju yang kita terima.

Semoga kita semua perihatin dengan apa yang berlaku dan memikirkan baik buruknya sesuatu yang nak diikuti dari dunia 'maju'.

KUREKURE COMEL said...

perhhhh...direct wooo...hati hati si para para...huhuhu....



susah kalau menghadap manusia yg tamak ni...kepentingan diri sendiri yg diutamakan...

kita?hadap dgn jiwa parak...

zati embong said...

xpayahlah buat loji nuklear tu.negara kita bukan kekurangan tenaga pun.

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

betul tu ceroi..esok lusa tak siapa tahu..kan..kan..

si para para said...

@KHRLHSYM

iye..benda bhaya jangan buat tak bhya...nanti bhya..hehe

si para para said...

@Inspirationalefeks

mungkin di jepun satu keperluan. mereka banyak guna tenaga..kilang pun banyak..sumber lain kurang.
tapi kita berbeza...

si para para said...

@sekamar rindu

insyaallah..ada masa nak buat.kena bayar tak ni..

si para para said...

@AkuMuzikFilem

betul..tanpa gempa..tanpa taufan..bangunan kita boleh runtuh musnah..kalau ada..lagi parah..

apa apa pun mintak di jauhkan..

si para para said...

@yusuf mujahidin ™

semunya di tangaNYA

si para para said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar

betul... kena belajar terima..

si para para said...

@ghost writer

betul tu..situasi sekarang kita menjadi hamba di rumah sendiri..
kenpa kita yang meminta belas dari penjaga amanah yang menjaga harta kita. sedangkan sepatutnya mereka yang akan memberi tanpa kita minta.

lihat seperti zaman sahabat..sehinggakan tiada siapa yang sanggup terima zakat bila mana harta negara di agihkansecara adil.
sekrang wang berpusing pusing di antara mereka yang berperut gendut.

si para para said...

@Amiey White

rasanya yang nuklear ni tak perlu di tangguh lagi..sebab yang ni lagi bahaya dari situasi di meseir dan lain lain.
err ni pendapat saya sahaja..hehe

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

tolong ingatkan aku juga...

datin, karipap pusing ada tak..hehe

si para para said...

@wanythyra.

kalau ada maklumat lagi boleh sampaikan ye...
:)

si para para said...

@white rose

betul..secara peribadi, saya kurang suka dengan beliau..tapi saya masih tabik kat beliau dalam satu satu perkara...
tun M memang seorang yang hebat.

si para para said...

@Kunang-Kunang

betul kak..kita sebagai rakyat kena mainkan peranan..tak boleh terima bulat bulat. kena fikir baik dan buruk untuk generasi kita masa depan..


err betul tak.hehe

si para para said...

@KUREKURE COMEL

cuba hati hati dan berterus terang...
harap semua faham..ni bukan entri politik.mana baik kita setuju.main tak baik kita bagi pendapat dan minta penjelasan.kan..kan..hehe

si para para said...

@zati embong

setuju dengan jat.. ada sumber lain lagi kita boleh guna...kenapa nak kejar nuklear jugak.

Aya Mea said...

sokong apa yg di p'katakn si para2..
memang kita x tolak p'bngunan tp sblm itu kt sndiri yg kna bngn lihat kiri kanan apa yg s'patut2nya yg prlu d bgnkn..jgn hnya pndg ke dpn skali skala toleh k'belakang tgk s'benar2nya k'hidupan kita..

Adibah Ishak said...

setuju dengan entri kali nie.. kenapa ini yg di kejarkan?

Wuucin said...

Teknologi yg memakan diri.

Cik TeN10 said...

krg setuju jugak dengan idea tu ..bukan nak cakap kita tak hebat tapi banyak lagi benda lain yg boleh buat untuk pembangunan negara ..lagipun risiko tinggi kalau nak buat plant nuclear tu ..menelankah kos yg tinggi jugak

pasal radiasi tu ..kitorang kat sini pasrah je ..insyaAllah takde ape2 ..