sungguh sukar untuk aku menyulam kata bila hati ini penuh dengan tali yang tersimpul mati.. sudah berkali aku mencuba untuk berterus terang tapi bimbang nanti kata kata ini mengeruhkan lagi keadaan.. memang aku ingin menjadi seorang yang tabah di atas setiap apa yang menerjah.. cuma saja aku mempunyai hati yang mudah terkesan oleh kata kata dan tindakan.. aku menahan dari dalam.. tapi aku percaya engkau dan dia sudah lama perasan..
aku masih lagi bertahan..
semakin hari bersilih ganti.. semakin itu usiaku bertambah lagi.. hampir lengkap satu putaran waktu aku di sini.. penuh suka dan duka.. lihatlah pada kali pertama aku di sini.. rasa yang begitu teruja... biarkan saja rasa itu tersimpan rapi di situ.. kerana itu satu satunya memori pertama aku bersama kalian.. aku tekad teruskan semua langkah yang tersisa tanpa hiraukan duri yang menusuk di hati... ye..memang perit.. tapi aku rela demi sebuah persahabatan yang mahal harganya.. kini aku puas.. puas dengan apa yang engkau dan dia hadiahkan pada aku selama ini.. sehingga luka luka kecil itu mula menjadi parah..
aku masih lagi cuba bertahan..
di hujung waktu ini, aku terfikir "mungkin sudah sampai masanya untuk aku pergi"... tapi mungkin saja ada hikmah yang terbaik untuk aku bila mana aku masih lagi belum berjaya keluar dari sini.. walau sekuat mana aku meronta, masih lagi engkau menahan.. tambahkanlah sabar di hati yang rapuh ini agar aku dapat mengerti rahsia di balik percaturan yang telah engkau buat untuk aku.. kerana aku bimbang jika esok, aku tidak mampu lagi untuk bertahan...
maaf semua aku tak sempat lagi nak bw blog korang.nanti ada masa aku terjah.
28 comments:
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
kadangkala berundur seketika untuk memberi ruang kepada diri dan orang lain...
@yusuf mujahidin ™
betul... dengan itu aku cuba bertahan... mengintai hikmah di balik kejadian yang berlaku.. tapi bimbang diri ini tidak kuat untuk bertahan...
ini apakah?
kalau hati tak sini, tak di situ, dan tak di sinun, d manakah?
kenapakah bersedih di sini.
jom makan ayam goreng.
*komen ni lagi bodoh kan?
setiap permualaan.. ada akhirnya..
setiap duka... ada sukanya..
setiap musibah.. ada nikmatnya...
setiap benci.. ada sayangnya..
Jika kamu redha and tabah dgn sabarnya.. InsyaALLAH.. kamulah jejaka paling bahagia...
luka yang tinggal selalunya menjadi parut
nak ke mana dibawa ati tu lagi... makin jauh lari, makin teringat nanti
usaha sedaya mampu.
tapi iya kalau saja itu sudah termampu dan tidak dapat diteruskan lagi..tidak apa-apa,kerna saja sudah punya pilihan untuk membuat keputusan.
terus bertahan, dan usaha. semoga kamu beroleh yang baik2 nanti.
insyaAllah.
hidup pnuh teka-teki..dan kdg2 apa yg kita impikan hari ini tidak akn sm spt yg akan dijanjikan..
sabar k. =)
hai para-para~
semoga kau dikurniakan kekuatan utk bersabar...
tabahkan lah hatimu...
kalau mampu bertahan, pertahankan...
kalau xmampu...apakan daya...
mungkin ada hikmah disebaliknya...
memang ada hikmah di sebalik perkara yang akan terjadi :) .. aku juga takut berkata-kata kerana takut mengeruhkan lagi air yang kian menjernih..
kenapa plak ni???
huhu
jat xmampu nak bertahan
jalan penyelesaian
tidur~~
tak apa,
nadia pun kadang2 tak sempat juga nk BW.
=)
mungkin ada hikmah disebaliknya...
teruskan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan...
berserah kepada - Nya ;)
percayalah kamu akn tenang...
he he ...rilek je wat macam kat shopping complex...he he he... maksudnya...he he he... kekdang kita kena rehatkan diri.. memikirkan benda lain...mensibukkan diri dgn benda lain.... kalau tak nanti makan hati... he he he... camanapun pasti datang kembali.... ahhh... buat dek je la.. bak kata cik jat tido je la...he heh .. bole ke...
salam...
jangan pergi....kenapa ni.?
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=3360333568175627632&postID=5108047695518608242&isPopup=true
JWPN C0MNT SYAIR P-P
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=3360333568175627632&postID=5108047695518608242&isPopup=true
sabar dan tabah menghadapi apa yg berlaku...peace.;;P
banyak kan berdoa...
aku sentiasa doakan ko sahabatku...
bersabar dlm mngharungi liku2 hidup..pergh ayat..aku ke ni..byk2 sabar..
dah komen. ilang.. uwaaaa
tabah ya. moga dapat menemani aku ekali untuk tabah sama.
terima kaish untuk tisu :)
suka para.3, ayat ke-4 akhir..
tambahkn sabar di hati yang rapuh ini.
ramai anggap sabar tu ada batas, aku rasa tak. ia tak berbatas.
diam tk semestinya mengalah...kdgkala diam itu memberi ruang pd kite utk berfikir..
Post a Comment