Sunday, March 27, 2011

KAU TIPU AKU

penipu


saat mula berjanji
kau sanggup apa sahaja
mudahnya aku percaya
kerana aku yakin kau ikhlas
hari berganti hari
bayangmu entah di mana
aku menanti menuntut kata
kerana aku benar benar berharap
sayangnya kawan
semurah ini nilai persahabatan kita
aku seakan tak percaya
benar, aku tak percaya
kali kedua kau berjanji lagi
menghulurkan tangan yang sama
adakah aku harus menyambutnya?



kepercayaan itu sangat mahal harganya...sekali retak, hancur berkecai...



mencari masa untuk mengadap blog. maaf aku sedikit sebok.

30 comments:

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Ya..kepercayaan mmg sukar diperolehi bila telah dimusnahkan.

KUREKURE COMEL said...

kalau mina.....mina tak kan menyambutnya....

mmg sgt mahal...sekali punah...
jgn harap nak mekar kembali...





p/s:jgn tiru mina...

zati embong said...

menghulur tangan kali ke 2?

sambutlah tp berhati2lah.

Unknown said...

kwn ko tipu apa?

si para para said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar

betul..untuk kedua kali..kena fikir banyak kali..

si para para said...

@KUREKURE COMEL

iye...lagi sakit bila dia datang untuk ke dua kali..

si para para said...

@zati embong


betul tu jat..memang kena berhati hati..

si para para said...

@NICK IRFAN

duit..tapi dengan duit tu dah tak boleh beli balik kepercayaan orang lain..

ghost said...

itu bukan kawan ko,tapi kawan kepada kawan-kawan ko..

jangan hiraukan sangat ok

Farhan Zulhusmi said...

mane ada tipu...hahaha......
manusia sentiasa melakukan kesilapan....tidak salah kita untuk memaafkan org...betul x???

Khaisya said...

sy pun pernah lalui suma tu...

Takpe..kalo ada kali kedua, knak fikir juta2 kali.. Dan hayati lirik lg ni..jika kau fikirkan kau boleh.. :p :p

Nadia Mashuri said...

kepercayaan itu umpama pasu..

M a W a D D a H said...

kepercayaan akan berkurang kalau dah retak...

fikir2kan sebelum menyambutnya...

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

gapai bila perlu, berfikir sebelum bertindak :)

. said...

aku percaya perkataan percaya itu hanya perkataan sahaja.

terokai seni said...

buakn barang jualan tu... sekali tergadai, kepercayaan takan ada lagi dah

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sungguh mudah utk melafaz kata..namun payah utk mengotakannya..

kindergartenlibrary said...

Dalam apa-apa pun hubungan , kepercayaan dan kejujuran itu mesti ada ..
=)

Wuucin said...

retak yg akan bercntum? adakah ia sempurna?

si para para said...

@ghost writer

ok..cuma rasa dalam kepura puraan je..

si para para said...

@Farhan Zulhusmi

betul..tapi takkan nak masukkan tangan dalam lubang ular 2 kali..emm

si para para said...

@Khairul Antasha

betul..kena fikir juta2 kali..


kau pasti boleh melakukan.hehe

si para para said...

@Nadia Mashuri

umpama pasur..err boleh la..hehe

si para para said...

@M a W a D D a H

betul tu..kena fikir banyak kali..

:)

si para para said...

@Inspirationalefeks

padu ayat tu..boleh buat pedoman.

si para para said...

@KHRLHSYM

tapi aku benar benar maksudkannya...dan aku tertipu.

si para para said...

@cemomoi

anda pecah, anda bayar.

si para para said...

@SyAfaWaNi ♥‿♥

betul tu...cakap senang buatnya macam haram.eh emo pulak.hehe

si para para said...

@nelly

betul..tapi harus dua dua pihak..kalau sorang je..habis la..

si para para said...

@Wuucin Kimora

emm tidak lagi..