menuju cahaya |
saat diri ini mengejar kisah semalam untuk mencari jejak aku yang tertinggal. aku rebah. terpaku melihat apa yang pernah berlaku. aku bangkit dan terus berlari. agar aku jauh dan tak pernah ke sana.
dan bila aku ingin menoleh semula ke belakang, seakan tersekat nafas ini di kerongkong. aku mencari punca mula. mungkin ada sesuatu yang aku tertinggal di sana hinggakan aku menjadi sukar untuk gembira.
di tangan ini masih lagi memegang erat. satu lembaran kertas putih. semakin lama semakin hancur dan reput. aku bentangkan kembali. cuba mencari makna sebenar. erti sebuah kehidupan. yang selama ini aku tersasar jauh.
di sudut kanan meja kecil ini ada sekotak cahaya. aku cuma melihat dan melihat. tidak membukanya....
kau hampir..
tapi sayang tak kelihatan.
15 comments:
jangan pernah takut untuk membukanya.mungkin saja ia akan lebih jelas bila kau membukanya.jadi tak perlular teraba-raba mencarinya...
en.fauze????
Dalam hidup ni, jangan kenang benda yang lepas. Tuhan sentiasa uji hamba hambanya.
Tidak perlu engkau menoleh ke belakang lagi! Cukuplah segala memori mengiringi kau pergi. Tetapkan tujuanmu, mulakan langkahmu. Sedarlah, perjalanan seribu batu itu bermula dari setapak langkah! Jangan engkau endahkan segala daun-daun yang berguguran, yang membentuk sekeping hati yang keliru. Sematkan dalam hatimu, tujuanmu hanya satu. Lalai sesaat adakalanya mengalirkan air mata selama bertahun..
jangan hanya cuba melihat..
ah. mahu dititipkan kata2 semangat, tapi kata2 sendiri seakan luntur bisanya..
nah tisu. buat kenangan kita~
erti kehidupan sebenar yg jauh telah menyimpang...
cuba buka kotak tu....maybe kamu akan senyum selebar lebarnya...
sekurang kurangnye ada sinar baru disitu....
hope happy semula...okeii...
saya juga ingin kan kotak cahaya itu..
kalau jat,cepat2 jat buka kotak cahaya 2.
kehidupan akan sentiasa hidup selagi DIA hidup di hati kita.
kadang kadang kita alpa dengan kehidupan di dunia.. tapi ok.. bleh jadikan tauladan..
salam..
sgt dalam bait2 kata ni. mcm kena hidung sendiri plk tu..speechless..huhu
kotak cahaya?
mengapa hanya sekadar melihat?
selaminyalah...
walaupun tak dapat merasai, sekurang2nya diberikan peluang tuk melihat kan?
jangan lepaskan peluang itu...
bukan senang nak dipilih & menjadi pilihan...
hanya DIA menentukannya...
selagi tak buka selagi tu kau seksa.
tak rimas ke harus berperang dengan pertanyaan?
kalau setelah dibuka isinya buat kau rebah sekalipun, itu seribu kali lebih baik dari biar diri sendiri berteki teka.
Manusia perlu tenaga untuk hidup.
Jangan bazirkan tenaga untuk terus menunggu dalam pengharapan yang tak sepatutnya.
sebab tu banyak lagu melayu cakap tetntang janagn dikenang barang lepas. yup, orang melayu kita yang kuat perasaan mendalamnya
sunyi realiti lembar hidupku
sekelam apapun beban dalam hidupmu kawan
keluar dan lawanlah
jangan disiakan
hadir menyapamu ;)
Post a Comment