Tuesday, March 22, 2011

MENGHARAP ESOK BERSINAR LAGI

bulan


bulan terang malam ini. cahayanya indah berseri seri. menggamit hati sedang sepi. fikiran melayang tidak bertepi. jarang sekali aku begini. termenung di jendela hanya memerhati. menikmati malam seorang diri.
.
daun nyiur berhenti melambai. angin dingin kian pergi. bulan terang terlindung awan. membungkus hati menjadi rawan. aku mengalihkan perhatian. merenung ke dalam diri sendiri.mencari kekurangan yang harus di perbaiki.

malam ini bertambah sunyi. tiada lagi nyanyian alam. aku rindu pada alunan hujan. tenang dan mendamaikan. aku terkunci. kerana ada kata yang tak terungkap. ada rasa yang tak terluah. aku nokhtakkan semuanya di sini.

kunang kunang itu memberi harapan. dengan cahaya kecil. di hujung malam aku harapkan mimpi. agar esok yang datang. muncul mentari yang menerangi. menembus gelap. aku tersenyum. bila jiran rumah sebelah menegur. "termenung teringat buah hati ke?" aku menutup jendala lalu post entri ini.



.: cuba bangun dan berlari semula dengan senyuman. terima kasih atas sokongan kalian.

20 comments:

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

aku pun nak tanya soalan sama
"ingat buah hati ke? "
:P

Cempaka R.Minta said...

hii cempaka datang

KUREKURE COMEL said...

menikmati alam..best...tenang....dan mendamaikan....


tp jgn terlampau hanyut ye...
smile...hehehe...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sentiasa menyokong sahabat...

AkuMuzikFilem said...

persis seperti aku. atau aku lebih parah. hidup ini kurasa sudah kurang nikmatnya. serabut walau tanpa masalah. apakah petanda?

ghost said...

buah hati ko ada kat mana?aku nak jumpa dia nak sampaikan salam rindu ko kat dia..hihi

HEROICzero said...

eh yang bulan neh, powermoon ke, supermoon ke, sumpah aku tak tau duh. esok nye smua pakat2 cerita. aduh terasa rugi.

T_______T

Unknown said...

alam,
seperti ada kuasa dan tarikan ajaibnya sendiri.
dapat berbicara dengan hati-hati kita dengan bahasa bisu.
kadang ia menenangkan.
kadang ia meresahkan.

Wuucin said...

ye, esok masih bersinar.. itu janji-Nya... tp adakah esok ada "sinar" utk.....?

Kakzakie Purvit said...

Sudah terang usah bersuluh. Melalui kata ternyata sungguh. Memang si para para sedang resah mengintai masa yg tak sudah-sudah. Bila agaknya ada kata nokhtah?...

Tieah Madian said...

Pasti mentari sudah menyinari bukan? Di pagi nan indah ini.. Ngee :)

Entry Terbaru : Video Bloody Wealth/Harta Berdarah Taib Mahmud

Yaya said...

Wah.. mood naik balik ke para para

The Norah said...

jangan pernah salahkan satu haripun dalam hidupmu
hari yang baik memberimu kebahagiaan
hari yang buruk memberimu pengalaman
keduanya penting bagi kehidupan
keduanya adalah anugerah TUHAN
biarkan malam berbicara
segala gelisah didada...hadir menyapamu sipara-para ;)

terokai seni said...

bulan nak pulang
esok bakal menjelang
mentari akan datang
kita je tak pasti bertandang

ch!natsu said...

indah~
mcm bulan mlm smlm.. =)

zati embong said...

O.o senyum dan senyum lebar!

. said...

aku suka nikmati indah malam, mungkin kerana gelap itu seumpama minda aku.

M a W a D D a H said...

jauhkan sepi...

moga esok ada sinarnya...


p/s: dah2, jgn mengelamun...

Anonymous said...

Salam

hoho aku di sini memberi komen serba serbi hahha

Cikya said...

rintang datang,
harus bangun,
ukir senyum hadap esok
hari tetap muncul dengan sinar..
langkah perlahan atur dahulu
kerna lari pecutan mu
bimbang tersungkur kali..

bahagia selalu..
:)