penat |
aku petik tali gitar ini
mainkan lagu semalam
berterbangan asap bagaikan awan
melayang hati dan perasaan
sudah lama aku hidup sendiri
bertemankan bulan dan matahari
kanan kiri peristiwa berlaku
aku di sini hanya membatu
sesekali hati berkaca
bila debu hinggap di mata
beginilah sebuah kehidupan
ada duka tawa dan hiba
aku bangun dan berlalu
pulang ke rumah rehatkan diri
di sini bermula segala cerita
fantasi dan realiti tiada beza
aku aman di sini
walau ada di luar sana datang mencaci
aku berjaga hingga lewat mimpi
untuk mencari sebuah erti
aku petik tali gitar ini
mainkan lagu yang sama
setiap hari setiap masa
hingga lupa apa tajuknya.
aku bukan gitar itu...
24 comments:
by the..
realiti x seindah fantasi...
fantasi kita yang cipta mengikut cita2 serta angan2 kita...
tiada fantasi...
hilanglah corak realiti
@AizA
ingin memenbusi terowong fantasi itu...
nikmatilah zaman bujang itu sepuasnya
terobosi sahaja fantasi itu biar jadi realiti
@AkuMuzikFilem
betul tu..dah kawin dah tak boleh hidup sorang diri..
@Khairul Antasha
sedang mencuba...
fantasi benarkan kita bebas untuk berimaginasi
sedangkan realiti memberi gambaran sebenarnya hidup ini.
@NuR si CiKGu RiBeNa
iye..bebas...tapi masih ada garis yang memisah
:)
2 faktor yang mempengaruhi hidup manusia..
suka dan duka.
kamu bukan gitar itu,
tapi kamu melagukan melody darinya
@ghost writer
antara keduanya..
@e. indah
:)
kenapa lupa?
*sambil buat muka confius :p
mina nak tgk si parapara main gitar?beyeh?hehehe...
takmau duka2....sekali sekala takpe...
malu nak ckp...hehehe...
sbnrnye mina tak bls komen..sbb tu nama mina takde....
@Wuucin Kimora
err sebenarnya lagu tu masih belum ada tajuk.hehe
@KUREKURE COMEL
hehe sekali sekala eh..hehe main gitar lagu sama je.hmmm sangat suka lagu itu.
@KUREKURE COMEL
oh ye ke..hehe tapi kenapa si para para ada 4rts komen...gila banyak..
lagu itu
perlu dimainkan
bersama rebana
piano
mungkin boleh jadi lebih bermakna
@intan.maisarah
tepat sekali
:)
hidup x sentiasa indah..hdup indah bile kite mula mghargai ap yg kite ad.hihi..(mcm ckp kt dri sdiri je)..haha..adeh
dalam maksud mu sahabat...
bole tak request nak dgr petikan gitar tu secara live..:P
ini lagu ker isi hati? ehemm
Post a Comment