mengembara ke semesta. mencari sebuah galaksi. untukku diami sendiri. aman damai tiada tangis.
sesaat aku nikmati. hidup sunyi lagi sepi. tiada siapa di sisi. terkurung bagai di penjara.
memang sungguh aku tak daya menahan
kiri dan kanan seribu ujian
taman teman selalu menguris hati
sana sini ada sahaja air mata
ingin sahaja aku hidup sendirian
tiada teman tiada insan yang ku sayang
agar hati ini tidak terusik lagi
agar sedih tidak lagi di sini
tapi bila sendiri aku menjadi rindu
rindu pada semua yang ku benci
terlalu rindu pada dia yang ku cintai
mungkin hidupku bukan di sini
waktu dia mencaci sebaiknya aku senyum sahaja
kerana masih ada insan yang ingin berkata kata padaku
waktu dia menyakiti sebaiknya aku menahan sahaja
kerana masih ada lagi insan yang mahu mendekatiku
kerana dalam hidup ini aku tidak sendiri
engkau juga tidak sendiri
dan kita tidak sendiri
kerana kita semua adalah saudara.
.
.
.
.
.
.
.
.: satu masa nanti kita pasti akan sendiri..moga "teman sejati" akan datang menemani kita.
26 comments:
btol..kite smua adalah saudara..hai saudara ^^
teman tertaya-tanya..
kenapa perlu di situ..?
menyediri membuta waktu..
bazir saat berlalu..
harap suatu hari nanti betul-betul berteman dan sama-sama mendaki.
teman di dunia kadang2 sgt sukar utk difahami dan memahami :(
kata seorang kawan saya yang sakit hati dengan teman lelakinya,
"aku nak hidup kat planet lain.tak mahu kongsi bumi dengan dia.tak nak tengok muka dia lagi.menyakitkan hati !"
tapi no man is an island.
nak tak nak,kita hidup perlu manusia dan makhluk lain juga.
hidup seorang diri sama seperti pentingkan diri sendiri juga.mana tahu ada orang yang sangat perlukan kita,tanpa kita ketahui kan ?
dan betul.
nanti kita sendiri juga.
semoga tempat itu jadi terang untuk kita.
amin.
hati yang ada bukan untuk diguris
teman yang jauh mengapa ditoleh
di sisi ada endah tak endah
luruh airmata menanti
membuat yg dekat menjauh
yang jauh kian terlerai
sendiri rindu-rinduan
tanya hati yang satu itu
perlukan peneman saat begitu
sabarla wahai sahabatku..
sesungguhnya sabar itu separuh drpd iman..=) hope have a nice day yah!!
sahabat dan kawan mksud yg sama berbeza pekerti..
@kiwi
kita adalah saudara jauh :)
@A.s.t.i.n.a
kerana ada ketikanya di hati ini
merasakan tempatku bukan di sini
bila kiri kanan di uji silih berganti
terasa lemah dan sangat lemah untukku berdiri..di sini.
@KHRLHSYM
mendaki cahaya di menara condong...
@zati embong
betul tu jat.mungkin kita yang terlebih dahulu memahami..
@april
betul tu..kata orang lagi.. bila ada, kita menyampah.. tapi bila tak ada, baru la kita tercari cari..
mungkin kita kurang hargai semuanya tu kan..
saat sedih kita kira..tapi saat gembira kita tak kira.tak adil kan.
sedih gembira tu satu putaran..
untuk gembira kena sedih dulu.btl x?hehe
amin..
@Kakzakie
betul tu kak..
mungkin kita jarang bersyukur dan kurang menghargai sesuatu...
bila hilang baru tersedar...
tapi masa tu dah tak guna lagi kita cari.sebab dia dah pergi..
@Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali
ye.kerana sabarlah aku masih di sni..kalau tak dah pergi kat plenet lain.hehe
@Pencacai Alim
betul..kita kena cari seorang sahabat..
marilah ke semesta kite. tapi kite tengah nangis2~
hidup sendiri di muka bumi sebagai persediaan untuk hidup sendiri dalam alam ke 3...
seperti kata2 klise yg selalu diucapkan,
hidup mesti diteruskan...
tapi bukan sendirian. kerana hati yg kecewa akan terubat dengan kehadiran teman2
@skandaLdariLangit
nah tisu lagi..lap hingus tu..orang tengok kan tak manis..
@ghost writer
aku perlukan teman di sana..teman yang datang bercahaya..
@Dark Half
teman teman...walaupun pahit akan ku telan..
mina nak member yg cool....
tp...nak tunggu yg betul2...fuuhhhh...
susah.....susah.....
kadang2 perlu gak bersendiri...
kadang2 perlu gak teman....
mana ada hingus~
menyendiri...sendiri dalam sepi...sulit nye melewati kehidupan...hmmmmmmm
Post a Comment