Friday, March 4, 2011

REALITI HIDUP



pohon tak bergerak. kematian angin barangkali. keluh panjang pak mail separuh usia itu membuatkan makcik limah terduduk di beranda usang. sesekali fikirannya melayang jauh menuju hari esok. "beras kita ada lagi?" tanya pak mail ringkas.. "ada lagi untuk sehari dua ni" jawab makcik limah dengan suara yang santun. sesekali mata pak mail merenung tajam motorsikal honda 70 nya itu. sudah seminggu tidak berganjak.

"pagi esok saya nak ke sungai jeram. mana tahu ada rezeki." tutur pak mail memecah kesunyian. "elok la tu paknya. boleh jugak kita merasa ikan. sudah seminggu kita tak berlauk. sampai sakit perut ni" sambung makcik limah lagi. "motor buruk kita tu bila nak bergerak? takkan nak biarkan tangki tu kering je. kalau tak, boleh jugak ke pekan. jual kangkong dan pucuk paku belakang rumah kita ni ha." pertanyaan makcik limah itu di biarkan sepi tanpa jawapan.

dahi pak mail berkerut kerut bila memikirkan nasib dia dan keluarga. anak tunggalnya masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi. tanah kebun di hujung kampung telah di jual semata mata untuk memberi pelajaran kepada anak kesayangannya itu dengan harapan dapat mengubah nasib mereka kelak. lamunan mereka terhenti sebaik sahaja azan kedengaran sayup sayupan. "dah maghrib ni. saya nak ke surau kejap"tutur pak mail. perlahan lahan pak mail menuruni anak tangga rumahnya itu lalu mencapai basikal tuanya di bawah rumah. bunyi dari basikalnya itu sudah cukup untuk menghiburkan hatinya semasa dalam perjalanan.

malam itu bulan mengambang penuh. suasan sepi di riuhkan oleh suara cengkerik dan cacing hutan. seperti biasa rumah pak mail akan di terangi oleh lampu minyak tanah. tapi pada malam ini mereka bergelap. duit untuk membeli minyak tanah sudah seminggu habis. malam itu mereka tidur awal. pakmail cuba untuk bermimpi indah untuk hari esok. hujan rintik rintik itu membuatkan suasana begitu dingin sekali. lena mereka kadang kadang tergangu. titisan air dari atap lama itu mengalaunkan lagu statik. namun mata tua pak mail dan makcik limah cuba di lelapkan.

selesai solat subuh, pakmail turus bergegas ke hutan. "hati hati paknya" pesan makcik limah. makcik limah hanya memerhati suaminya itu di pintu rumah sehingga kelibat pakmail hilang dari pandangan. setibanya pakmail di sungai jeram, langit sudah mula cerah. burung burung riang menyayi seriang hati pakmail. semangat berkobar kobar pakmail itu di cetuskan oleh mimpi malam tadi. "harap harap dapat la hasil hari ni macam dalam mimpi aku malam tadi" kata hati kudus pak mail. dengan hati hati jala usang pak mail itu di tebar luas. berpaksikan tulang empat kerat itu pak mail terus berjuang. mungkin nasib tidak menyebelahi pak mail. hanya sampah dan ranting kecil yang berjaya di pungut.

"mana ikan ni..biasa ada je kat sini" keluh pak mail. pak mail tidak berputus asa. terus kakinya melangkah melawan arus sungai. hasratnya untuk mencari lubuk rezeki yang lain.

makcik limah mundar mandir di rumah. sekejap matanya memandang jarum jam. dan sambung lagi ulang aliknya itu. berhenti. dan melihat lagi jarum jam di dinding. "dah pukul 2lebih ni..tak pernah lagi sampai lewat macam ni tak balik balik lagi" hati makcik limah tak tenang. tiba tiba makcik limah terdengar suaranya di panggil dengan keras sekali. "makcik limah!! makcik limah!!" terus makcik limah meluru laju ke muka pintu. kenal benar makcik limah akan suara itu. "hah ada apa ni budin?" tanya makcik limah panik. budin yang tercungap cungap itu meneruskan kata "makcik limah...orang kampung jumpa mayat pak mail kat muara sungai." makcik limah terus jatuh terjelopak.




28 comments:

terokai seni said...

dah dok kat bandar ni berasa nak tanya je, masihkah orang kita idop begitu

masa dulu-dulu dok kampung bila baca novel kisah orang kampung feel je sebab kita pon lalui keadaan tu

pilihanraya gone?

. said...

sangat sedih cerita ini.

Anonymous said...

perghh.. layan gak ni.. bila nak sambung.... ke tamat mcm tu je.. ngeee

KUREKURE COMEL said...

kenapa pakcik mail tu mati?
nak tau....huhuhu

A.s.t.i.n.a said...

Mak Limah menjadi balu.. saya sedih.. :'(

ch!natsu said...

aish suspen..
tp blum paper dah rs sedey.. T_T

Cik SHiNJU said...

As salam...

Sedihnya..zaman skrg ade lg ker
kisah mcm ni?

darl sepet said...

alamak, encik pengarah..sambung ler filem melayu nie..xkan ctu jer..tiket beli mahal nie der..seat 1st class lagi.adoiyaii!!!

(mata2 kelip dgn harapan en.pengarah sambung cter)

A.s.t.i.n.a said...

tapi kenapa..? tapi kenapa Mak Limah.. kenapa tidak Mak Tipah??

zati embong said...

betul2 realiti hidup ke?

kdg2 x mampu n xsanggup nk dgr2 cite2 cmnih.

jat xleh tgk org2 tua yg susah,terus dtg rasa sebak.

kiwi said...

mal kimah...jgn hntu mak limah sudah..huhu..npe pak mail meninggal??

sugar2 kapas strawberry said...

kesian...

Yaya said...

Tolong sambungkan cerita nii

si para para said...

@cemomoi

masih lagi..cuma jalan ceritanya sedikit berbeza...

si para para said...

@KHRLHSYM

realiti lagi menyayat hati..

si para para said...

@Cekodok

dah sambung :)

si para para said...

@KUREKURE COMEL

persoalan akan terjawab..

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

nah tisu..lap air mata tu..err tapi kong dah guna buat lap hingus dia...

si para para said...

@ch!natsu

jangan sedih hadapi realiti..

si para para said...

@Cik SHiNJU


ada cuma pelakon dan jalan ceritanya sedikit berbeza..

si para para said...

@darl sepet

hehe prduser kata on, maknanya boleh la tu.hehe

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

masa tu mak tipah tak ada. dia pergi spital. sakit perut.

si para para said...

@zati embong

realiti hidup.. cuma di terapkan dalam bentuk tulisan dan di selit unsur unsur tambahan serta di oleh mengikut kesesuaian..

si para para said...

@kiwi

part 2 mungkin akan menjawab persoalan.. cuma kena fikir sikit.

si para para said...

@sugar2 kapas strawberry

tragis dan tersirat..

si para para said...

@Yaya

okeh yaya :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sob sob sob...
:(

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

sabo ceroi..sabo...