Monday, March 7, 2011

RUMAH SAKIT



lewat petang itu aku di rumah sakit. memerhati jasad jasad yang sakit. juga hati hati yang sedang sakit.
aku keletihan, kepenatan, kelesuan, kepayahan. terpaksa meneruskan perjalanan.

semua rasa 'aku' terkunci mati. hati sayu dan bisu. hanya mata yang melihat. sekujur jasad sedang bertarung. sangat cemas.

sesungguhnya, kita ini sedang di uji. bila nikmat sihat di tarik seketika. membuatkan kita tak tertahan menahan. lupa pada sihat yang telah di gunakan.
dan air suci itu mengalir dari mata seorang ibu. sungguh menyentuh hati yang keras ini. aku juga tewas.

suasana hiba. wajah wajah muram dan suram. masing masing berharap agar "selamat" itu sedang bersamanya.
dan aku mula berfikir. bagaimana kesudahan hidup aku ini.

tuhan. janganlah engkau utuskan dia untuk menjemput aku ke sana. saat aku merasa selesa, leka, alpa. kerana aku pasti tergolong di dalam golongan yang hina, rugi dan kecewa.

aku juga bertekad dan berazam. agar aku tidak seperti semalam. bermain dengan titik titik hitam. tidak mensia siakan setiap peluang dan kesempatan yang telah di berikan.

kurniakanlah aku jalan itu. jalan yang engaku restui selalu. untuk aku kembali ke fitrah azali. mengikut janji yang telah aku patri di hadapanmu pada satu masa dahulu.




awal pagi itu. aku terima satu pesanan ringkas. mengatakan dia telah kembali mengadap ilahi.
al fatehah.



22 comments:

white rose said...

al fatihah buat arwah...

stiap yg datang dariNYA, pasti akan kembali kpdNYA jua...

CikAizA said...

Innailaihi wa innailaihi raji'un...

semoga tergolong dalam golongan org yg beriman dan betaqwa..

Unknown said...

al-fatihah.dari dia kita dtg.pada dia kita pulang.kdg2 takut gak.bila sampai masa tuh,rase belum bersedia lagi.

org cakap.semua orang nak masuk syurga.tp kalau boleh semua orang tak nak mati.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Ashes to ashes..dust to dust...May Allah smile upon his/her soul.

"Sesungguhnya mati itu benar"

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

al-fatihah...

A.s.t.i.n.a said...

Innalillah.. Allah lebih menyayanginya...

Dek tiap detik umat yang masih bernyawa di dunia ini lebih banyak amalan yang akan dihisab nanti.. akita..? Wallahualam..

wanythyra. said...

alfatihah .

Anonymous said...

Salam..al-fatihah.

cik fiza said...

kdg2 org yg nampak sihat tp sakit..
sakit dalaman..
jiwanya sakit..
Al-Fatehah utk arwah..

ch!natsu said...

innalillah.. Al-fatihah..

cik fiza said...

ada selingan sikit..
untuk tag yg awk bg tu.. ML tu ape ye incik para2.. jd kontroversi pula sbb x pasti makna sebenarnya... :))

KUREKURE COMEL said...

al fatihah utk arwah...

hhhmmm...sgt sedih...tp fitrahkan..
mina pun selalu terpikir mcm tu...huhuhu...

Yaya said...

Tuhan lebih menyayangi nyaaaa, bersabar yer!

zati embong said...

Meremang sampai ke otak. Terasa mcam jat yg ada kt tempat kamu..

Al Fatihah.

MOMMY CGG said...

al fatihah

azieazah said...

Pengakhiran sebuah kehidupan yang sementara...

Sekali Lagi, Para Doktor: Tolongggg....

skandaLdariLangit said...

mati itu tidak menyeru nama terlebih dahulu. hadirnya tiba2. dan kerana tiba2, bakal menjadikan aku mati dalam penyesalan.

ampun. mahu terus jadikan sebagai entry lah macam ni. huhu

skandaLdariLangit said...

um. kmbali sbb tertinggal. alfatihah~

Cik SHiNJU said...

Al-Fatihah buat arwah..

Syamira Ismail said...

http://roboksaya.blogspot.com/2011/03/moga-roh-dicucuri-rahmat.html

moga disedekahkan Al-fatihah bersama.

The Norah said...

alfatihah....mati itu pasti....

. said...

mati itu pasti ialah adalah kesukaran ke 4 dan terakhir dalam hidup. al-fatihah.