bergulung gulung ujian datang
menghempas aku ke daratan
setelah hanyut di perjalanan
kerana keindahan
di pulau yang tiada cahaya
aku berlari ke sini dan ke sana
moga aku temui sinar yang menerangi
ruang kecil di hati ini
derai air mata
tak mampu untuk membasuh dosa
kesilapan lama menghantui jiwa
mampukah tertebus semuanya
andainya teman engkau bisa
hulurkanlah kepadaku cahaya
pimpin diri ini ke jalan yang benar
jalan yang menuju syurga
akulah pengemis di pulau terpencil
menadah tangan kusam di persimpangan
menanti dan mengharap sepenuh hatiku
hanya engkau tuhan tempatku mengadu
SYAIRSIPARAPARA
16 comments:
lame aku xdengar kate2 indah ini...
Pasrah kepadaNya
di situ ada pengertian
keupayaan untuk sedikit bernafas
meniti kehidupan seterusnya
usah berpaling masa yang lalu
sinar pasti akan menjelma
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
tu la,..mungkin sebab lama ko tak datang sini.hehe
sesungguhnya ujian dan dugaan sentiasa ada..mohon padanya supaya diberi mengikut kemampuan..
ya allah..ampunilah dosaku..amin..amin yarobbalalamin..
@Kakzakie
cuma kadang kadang terbabas jugak kak..hmmm saat tinggi, bagaikan awan..
tapi bila jatuh..hingga ke dasar lautan...
sentiasalah berdamping dgn org yg beriman mudah2an kt akn terpimpin
^^,
jika kamu disisiku
sudah ku kirimkan cahaya
cahaya malap
tak terlalu terang
namun cukup untuk menerangi jalan yang gelita
bermuhasib sekali bait kata-kata kau ini. beruntung bagi manusia yang masih ada rasa menyesali terhadap noda-noda lama
Semoga kita semua bertemu 'nur' yang dicari...
semoga tak miskin di akhirat
@nurkass
amin..semoga semuanya terampun...
@Titisan Hujan
insyaallah...
semoga kita sama sama terpimpin..
@intan.maisarah
:)
terima kasih sahabat..
doaku..semoga kita semua berolah rahmat dan kasih dariNya..
@AkuMuzikFilem
emm..
nabi kita yang terhindar dari dosa masih lagi beristghfar lebih kurang 100kali sehari..bertaubat...insafi diri... kita? moga lebih dari tu..
@Admin
insyaallah..sama sama kita mencarinya... semoga kita temui sinar yang kekal memancar..
@cemomoi
betul tu..
di dunia tak apa..
di akhirat kalau miskin, hinanya...
Post a Comment