Thursday, April 28, 2011

SARI MADU DUNIA



buka mata tersaji dunia
waktu bertebaran ke sana
mencari harta dan juga kuasa
ada yang gila mengejarnya

dunia kini tanpa sempadan
bebas merentasi langit lautan
hingga lupa pantasnya alunan masa
sampai lena tiba menjemput kita
http://syairsiparapara.blogspot.com/
begitulah kita di saat ini
dunia yang lebih di dahulukan lagi
bila masa untuk hambakan diri
cuba tanya pada diri sendiri

jika dosa jelas di mata
pasti kita akan menjauhkannya
andai pahala di balas segera
pasti ramai yang mengejarnya

matlamat kita pada kebendaan
nafsu yang mengaburi fikiran
sedangkan semuanya akan di tinggalkan
hanya amalan menjadi bekalan

nikmat dunia kita hirup sepuasnya
hingga terlupa ahkirat yang selamanya
andai di sana kita merana diri
apa gunanya kita senang di hari ini



bangun tido.. pergi kerja.. balik kerja = penat... tido 
(X 5hari seminggu)

24 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

itu la name nye tanggungjawab...
kerja...

Khairul Antasha said...

jaga diri..jaga kesihatan.. :)

moga kamu baik2 saja..

HEROICzero said...

kejar! kejar! dan kau pasti tak terkejar. =)

skandaLdariLangit said...

kamu. perlu rehat juga :)

intan.maisarah said...

sedih..

dosa dosa semalam ku


sudah diampunkan atau tidak

Cik TeN10 said...

sma2 lah kita sentiasa berpesan2 dan saling mengingati agr kite tak lalai dan alpa.. :)

ghost writer said...

kalau tidak dicari harta dunia...nilai hidup terasa rendah.

ketika sibuk mencari harta dunia..
bekal akhirat terasa kosong dlm genggaman.

ketika terlalu banyak harta dunia
harta akhirat pula semakin terhakis..

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

betul tu ceroi..
tapi kita ramai yang lupa tanggungjawab kita yang satu lagi...
tu yang sedih tu..

si para para said...

@Khairul Antasha

:)
harap kamu pun sehat dan baik2 di sana..

si para para said...

@HEROICzero

betul tu...
akhirnya..kita akan tersungkur...jatuh..dan mungkin takkan bangun lagi..

si para para said...

@skandaLdariLangit

iye...
lama tak pergi blog ska...sory ska...
bulan yang sebok dah hampir berlalu...
hari minggu ni masa yang sesuai untuk rehat.

si para para said...

@intan.maisarah

dosa semalam...
hari ini...
akan datang..
semoga terampun..
atas rahmat dan kasihNya..

si para para said...

@Cik TeN10

iye...berpesan pesan kepada kebenaran.

KHRLHSYM said...

bila dekat dengan hujung dunia, lepas tu baru ingat apa itu akhirat. hehe

AkuMuzikFilem said...

itu payahnya penyakit wahan ini. tapi, terlalu menolak material itu payah juga. sekadar yang ada cukuplah.

AkuMuzikFilem said...

aku juga tak rasa bebas dengan kerja 5x seminggu tanpa waktu fleksibel di tengah bekerja

Cik SHiNJU said...

Jika leka dgn dunia sementara..
Pasti merana di alam abadi di sana nt..

Titisan Hujan said...

demi masa...

dikejar, mengejar atau terkejar ....

atau ditinggalkan masa

pape pn dunia akhirat mesti seimbang

pisau belati said...

hamba dunia hamba nafsu
bila mula menggila semua jadi lupa semua jadi alpa.harta sementara di kejarkan.sedang bekalan akhirat semakin di lupakan.manusia lupa manusia lupa!

yusuf mujahidin ™ said...

harapnya kamu sehat2
moga diluangkn ms utk akhirat

:)

Wuucin said...

para - para.... puisi ni memg para2 buat ke?

Raihana Izzati said...

Hmm.. betol tu.

Cari tuhan bila susah.*sigh

[merujuk to diri sendiri]

Tapi kena seimbang dua2 actually. Duniawi and ukhrawi.Goodluck :)

M a W a D D a H said...

kiamat semakin hampiri
tapi kita yg lupa diri

huhu...

Kunang-Kunang said...

Kadang kita terlupa untuk mencari jalan ke sana.