Thursday, May 5, 2011

DI BAWAH SINAR CAHAYA


 

Bila mentari mula menangis
Terpejam cahaya tiada kata
Hujan membasahi malam menghampiri
Redup hati tak terubati
Bila bulan membuka cerita
Berjalanlah seorang hamba
Dengan linangan air mata
Memikirkan nasib yang menimpa
Tiada yang ingin bertanya
Tiada yang sudi membantu
Hanya kesunyian malam bersuara
Simpati kepada manusia
Di bawah sinar cahaya
Dia berdoa pada yang kuasa
Mengadu penuh syahdu
Mengharapkan sesuatu






:(

13 comments:

ghost writer said...

dalam sangat rasa sunyi tuh sahabat...

Wuucin said...

Lagukan plesh~

As Yusra said...

syahdu~ dapat rasa keadaan tuh...

FreESiA said...

sayunya. ntah napa freesia rasa macam syair tu tuju untuk freesia.

well, smile =)

KHRLHSYM said...

kita sentiasa mengharap sesuatu. :)

salam para-para :)

r-5 said...

sedih dan sunyi itu sangat sakit, hanya yang hadapi tahunya perit, namun dikala gusar dan resah, janagn kau ragu tak tentu arah, di sini ada aku, untuk kau mengadu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

terusik hati ini...

e. indah said...

sayup sayup berkongsi rasa sayu ...

luahkan saja jika buat kamu lebih gmbira, atau...
pendamkan saja jika membawa kamu lebih gundah ...

zati embong said...

bila hujan membasahi bumi, dan malam menghampiri, terus terasa damai jiwa.

cemomoi said...

baru hari ni nampak mentari ceria setelah penat langit menangis

Titisan Hujan said...

kembali pada pencipta

Nadia Mashuri said...

semoga doa mu di kabulkan..

HEROICzero said...

semoga dia temui apa yang dicari.

InsyaAllah.