Wednesday, May 11, 2011

JALAN SEMALAM




jalan semalam aku lalui semula
di lorong gelap yang hilang cahaya
aku melangkah di dalam memori lama
melihat diri sendiri sedang tertawa

hari hari bagaikan di sulam pelangi cinta
masa terindah sentiasa di isi dengan sempurna
gelak tawa suka ria tidak pernah habis di kira
namun hari ini jiwa aku mula bertanya

mana perginya saat aku sedih berduka
tiada satu pun detik aku sedang kecewa
waktu aku menitiskan sisa sisa air mata
menginsafi diri atas segala dosa dan noda

sekali lagi aku bertanya pada hati
akukah insan yang aku lihat ini
terasa malu dengan tingkah laku sendiri
tak ingin lagi aku terus begini

aku terbayangkan di akhirat nanti
semua rahsia dan aibku setiap inci
setiap tutur kata dan juga gerak geri
pasti akan di pertontonkan kembali

tiada lagi muslihat untukku sembunyi
tiada lagi kata dusta dapatku selindungi
setiap jasad akan melihat dan memerhati
dari mula hingga akhir hidupku ini

wahai tuhan yang memiliki seluruh semesta
ampunkan segala dosa yang terbit dari hamba







.:hari ni dan esok aku ada kat selangor.. err tu je nak bagitahu... :)

15 comments:

deAnza-wAnda said...

so sweet lah kawan..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

nice!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mintak diampun semua dosa...

Cik TeN10 said...

nk ikut gi selangor jugak boleh ?!! kih2

Gayahspears said...

alahai.. ni puisi ke syair ke gurindam?? hihi

wah ade kat selangor...take care ya..

ghost writer said...

tuhan sentiasa buka peluang..

taubat nasuha!

Faaein Talip Roy said...

hmmm... sedih rasa bila mengenangkan dri sndri yg bnyk sgt dosa.. -____-

Kunang-Kunang said...

Betullah tu, diSANA nanti sebesar zahrah pun baik dan buruk dicatit semua.

Keyyah said...

muhasabah diri sekejap..

Wuucin said...

meresap terus ke dasar hati :)

skandaLdariLangit said...

ampun kan dosa hambaMu ya Allah..

pelihara aku dari diaibkan di akhirat kelak~


salam kamu. moga sihat2 dan ceria2 :)

Nadia Mashuri said...

kdg kala manusia alpa dan sering melakukan kesilapan..
namun, peluang utk berubah sentiasa terbuka luas..

iekaa said...

wahh.. yg ni sgt sweet.. :)

anitaare said...

assalammualaikum..

usah difikirkan sangat hari-hari yang dah berlalu..
masih belum terlewat lagi untuk kita mensyukuri hari ini..sujud dan bertaubatlah..
Ya Allah ampuni segala dosa2 yang telah aku lakukan selama ini..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

pintu taubat sentiasa terbuka buat mereka-mereka yang sedar.