Friday, July 8, 2011

BANGKIT MENUNTUT JANJI


demi berdiri di tanah sendiri
nyawa suci harus di tukar ganti
sudah berkali diri terkorban dan tergadai
air mata dan perit hidup masih belum lunyai

harta kemewahan milik setiap jiwa
di berkas dan di kumpul menjadi hak berkuasa
titis peluh dan darah menjadi tontonan semata mata
sesekali tidak pernah terguris di benak sanubari durjana

kini suara suara kecil bangkit menuntut janji
tangan tangan lemah berpaut pada dahan berduri
biar di cantas dan di tebas hati mereka tak pernah rebah
pengalaman di tanah gersang melupus erti menyerah kalah




7 comments:

azieazah said...

Jika darah masih muda dan masih panas, jangan berjemur di jalan raya yang panas yerrrr...


Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lame xdengar kate2 indah ko...

shameel Iskandar said...

semangat yg hilang kini kembali pulang bila membaca bait2 indahmu. Persis bicara A. Samad Said, begitu berbekas dihati

A.s.t.i.n.a said...

saya berjanji..
untuk tidak mudah mengukir janji..


para!! ingatkah akan saya?

sila emel ke dygasina@gmail.com kerana saya ingin menjemput andaa ke teratak blog saya yang kian usang..

Cik TeN10 said...

setuju dgn meniti senja.. lama menyepi.. apa kabar kamu kawan ?

Anonymous said...

Setiap perjuangan ada pengorbanan.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tak mungkin menyerah kalah!