Friday, August 19, 2011

KESAH HITAM


hujan malam telah pun padam
dingin angin menusuk ke dalam
fikiran melayang mencari bulan
jalan yang cemas telah di lupakan

namun masih resah menjelang
satu kesah yang takkan berulang
bila terkenang air mata bergenang
hati gelisah duduk pun tak senang

terbaring kaku jasad di tilam
sesaknya nafas diri terdiam
ku insafi sejarah di masa silam
moga putihlah hati yang hitam

kini telah setahun ke hadapan
segalanya pantas laju berjalan
langit berubah membawa harapan
ku sambut dengan rasa kesyukuran




syukur kerana kita masih di beri peluang dan kesempatan...

13 comments:

peachippo said...

jadikan hari ini lebih baek dari semalam dan esok lebih baek dari hari ini...senyum ^^

PENCONTENG said...

mengenang dosa semalam?

Rojak Punya said...

entri akan datang kisah putih lak ya

zati embong said...

jat pun bersyukur.

kisah yg lepas jadikan pengajaran.

cemomoi said...

kesyukuran berganda kalo dapat lailatul qadr

Inspirationalefeks said...

ya , sungguh kosong setahun yang sudah berlalu .. pasti isi nya tebal mengebu-gebu

azieazah said...

Semoga tahun hadapan, masih ada kesempatan yang lebih indah lagi...

Cikgu Jaja™ said...

alhamdulillah.alhamdulillah..

selagi diberi ruang dan peluang..

Kunang-Kunang said...

Sentiasa menjadi terbaik setiap tahun mendatang. Yang hitam jadikan sempadan.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

harapnya juga begitu.....

shameel Iskandar said...

masih ada ruang.
masih ada peluang.
masih ada kesempatan.
untuk melakarkan warna2 gemilang.
untuk mencorakkan taqwa dan iman.
pada kanvas kehidupan.

sekamar rindu said...

salam..

hujan malam yg membangkitkan rasa kekerdilan kita hambaNya...

Bidadari Syurga said...

sedapnya pantun... hurmmmm tenang aja baca.... semoga tahun baru beri kamu ketenangan yg paling indah dan hebat.