Tuesday, August 23, 2011

MENAHAN DIRI


di hujung sana;
terlihat benang putih bercahaya
bersinar bersama rahmat suci
permulaan hari yang di nanti

hangat mentari membakar dosa
lapar dahaga peneman rasa
harum bau semerbak kasturi
sebiji benih di gandakan lagi

lihatlah pintu luas terbuka
menjemput kita ke taman syurga
tinggal sahaja kita ke sana
sudikah atau sebaliknya?

berjuta bintang di angkasa
ada satu yang paling istimewa
carilah rahsia di dalam rahsia
malam indah sejuta makna

di hujung sana;
terlihat benang hitam datang
membawa seribu satu kenikmatan
pada hambaNya yang mengharapkan keredhoan



semoga sisa sisa ramadhan di gunakan sebaiknya..


p/s: zakat dah bayar belum?

13 comments:

HEROICzero said...

pintu sorga ...


*lihat saja.*



=)

zati embong said...

zakat da bayar.ayah da tlg byarkan.hihi.nnt jat byar blik.

lg 7 hari..

Tukang Karut said...

zakat? eh... dah bayar la...

Bidadari Syurga said...

cahaya putih.... benang putih... mentari terbit sejuk dan keputihan...

hurmmmmm tinggal beberapa hari saja lagi....

sekamar rindu said...

salam..

nun di atas sana nampak jelas bintang berseri..dialah bintang penyeri hidupku..:)))

maCy said...

moga kamu juga para2. salam beribadah, moga ibadah kita tak terhenti di bulan ramadhan cuma..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

zakat nak bayar dah...
:)

ikatankasihku said...

tanpa di sedari, cepatnya masa berlalu pergi

Noreen Natasha said...

benang putih dan benang hitam~~

sama-sama cari malam indah sejuta makna itu..

=)

cik kartun said...

terselit seribu mkna..^_^

Kakzakie said...

Keindahan ini akan pergi juga
tiada daya menahan ia berlalu
meniti benang-benang hari
mencari redha ilahi
hanya satu dari beberapa hari
nikmat indah ingin dikecapi

Selamat Hari Raya dari kakak..:)

Amy Syaquena said...

alhamdulillah zakat dah bayar tunggu lagi nak raya je hehe..


http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

Cik TeN10 said...

abah dh bayarkan.. hehe =)