Wednesday, December 21, 2011

Tak Seberapa



telah datang pada aku
sebuah jalan berliku liku

lama kini terdiam
hati ini menjadi batu

seribu kata terlepas
melayang layang di angkasa

dan aku tercari cari
mana ruang nak di daki

moga ia mekar semula
seperti bunga cempaka
yang kau puja..setiap masa

mana kini teman setia
aku hilang seorang diri
tak siapa peduli

dunia kini dah tak sama
waktu aku mula mula
dah tak serupa...dah berbeza..

gapai tangan gapai cinta
cinta kini milik semua
cinta kita sesama saudara

aku datang tanpa apa apa
sudikah kau terima
diriku kini tak seberapa


17 comments:

Cik TeN10 said...

lama menghilang.. kemanakah anda? sihat ??

bunyinye mcm kecewa je.. kenapakah ??

lieynanilaz said...

Hidup perlu kekuatan...walau kita seorang diri tapi ingatlah Allah sentiasa melihat dan mendengar...:)

Cik SHiNJU said...

As salam...

Lama x nyinggah sini..
Tuan umah sihat?

zati embong said...

mcm gmbar ustaz azhar,hihi

Anonymous said...

Semoga sihat dan riang selalu.

Musim hujan ni jangan bersedih nanti lagi sedih.

Shannice said...

sajak yg bagus :)

Kontrol Histeria said...

wah lama tak baca puisi kau :3

Bidadari Syurga said...

semua mula dengan kosong atau paling hebat tak seberapa... ada aja hamba DIA yang sudi. sebab kita masih di lantai landai DIA. terzahir dan belum lagi berjirim...

kiwi said...

lame x datang sini..sihat tak tuan blog ?? ^^

Pembunuh Tanpa Bayang said...

lama menghilang sepi.harap yang baik baik buat kamu ya kawan =)

ch!natsu said...

assalamualaikum para2..
finally..
adakah musim semua menyepikan diri?
apapun hope kamu baik2 saje..
glad ur back.. :)

sekamar rindu said...

salam...

terlalu lama menghilang..

apa khabar???

محمد رازيق said...

Allah sentiasa bersama kita.. moga dipermudahkan. kuatkan semangat.. salam kenal.

Wahidah said...

lamanya menghilang...ape khabar??

Anonymous said...

Ya, jgn risau..aku terima kau seadaanya asal sahaja mengikut skema rasul dan Pencipta..hehe.

intan.maisarah said...

saya sudi menerima dirimu

Cikgu Jaja™ said...

rasa hilangnya si para-para..semoga sehat hendakNYA. lama menyepi..khabarkanlah berita..g honeymoon eh? ^__~