Monday, January 16, 2012

Cahaya



seluruh nafas kini terhenti
jejak kaki terpadam lagi
seluas lautan aku selami
mencari setitis kasih suci

berlari lari di dalam mimpi
terasa bisa duri menanti
hingga retak jernih mata ini
merayu rayu pada yang sudi

dingin hujan membasahi
jiwa kosong tiada erti
hati ini tandus dan mati
suburlah semula mekar mewangi

warna hitam di dalam mata
lemas di bungkus segala rasa
hadirlah wahai sinar cahaya
hapuskan ruang gelap gelita




Cahaya adalah sumber penyuluh di dalam kegelapan.
Ia boleh dicari bahkan boleh datang secara sendiri.
Hidayah juga adalah sumber cahaya yang menerangi hati seseorang
untuk menuju jalan mencintai Allah SWT.

8 comments:

Wahidah said...

Speechless..menitis gk air mata ne..

Cik TeN10 said...

para para sakura mmg hebat la berpuitis.. sy mmg fail lah.. huhu

p/s:komen panjang2 pun xpe.. suke je baca..baru semangat sket nk update blog.. thanks sudi tinggalkan komen kt blog sy ! :)))

Bidadari Syurga said...

heeeeeeeeee... cahaya DIA terang. Kalaulah hambaNYA sedar. Pasti mereka akan menangis. dah lama tak berpuisi. Masih merangkap membaca puisi kembali. terima kasih sudi masuk blog baru saya.

..Wardah Biru.. said...

Ya Ilahi,
Sinari hatiku dengan cahaya kasihMu,
Agar aku tidak sesat di jalan yang berliku,
Pimpinlah daku menuju JalanMu,
Agar cahayaMu sentiasa menerangi hatiku..
Amin Ya Rab

ghost writer said...

dan hidayah suatu yang setiap orang doakan untuk datang kepadanya.

selamat sore,sahabat. :)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mengharap cahaya dari ilahi menyinari segelap hati...

maCy said...

semoga terhapus segala derita

محمد رازيق said...

Berharap agar mendakap hidayah-Nya. amin