Sunday, January 1, 2012

Dalam kenangan



sorakan saling bersahutan di tanah tinggi CH memecah kesunyian. detik 12 malam di rai dengan percikan bungan api yang mewarnai langit malam. angin dingin bertiup lembut menyapa wajah. aku memimpin tangan si dia melalu jalan lurus yang sedikit becak; memerhati gelagat sebahagaian warga dunia mengucapkan selamat jalan kepada tahun 2011.

jika di hitung, pasti banyak kenangan kita yang telah tertulis pada tahun semalam. banyak cerita, peristiwa, pahit manis telah kita lalui dan nikmati.syukur tak terhingga pada yang mengatur dan memberi kurnia kepada kita semua hingga saat dan detik ini kita masih lagi di beri masa dan peluang untuk menikmati terang mentari dan gelapnya malam. semua itu kita bukukan di dalam hati sanubari. tersimpan rapi di kotak ingatan menjadi kenangan dan pedoman.

tapi seharusnya ada terlintas juga di hati dan ruang fikiran kita; apa yang telah kita lakukan pada tahun dan hari hari sebelumnya. adakah kita bersedia untuk menempuh hari esok yang pasti lebih mencabar. adakah bekal untuk kita bawa dan persembahkan pada Dia di satu masa nanti. tahukah kita bahawa saat itu semakin detik semakin hampir.

imbas kembali. ramai teman yang telah pergi mengadap pencipta. adakah kita sudah bersedia. yang pasti, bersedia atau tidak kita mesti ke sana. ke tempat abadi. maka sangat sangat beruntung bagi mereka yang berjaya itu.dan moga moga kita tergolong bersama orang orang yang berjaya.

semasa perjalan pulang menuruni tanah tinggi CH aku berbual bual dengan si dia. rasa sedikit kecewa kerana kamera lomo kesayangan aku rosak. banyak gambar gambar yang terakam mungkin tidak dapat di selamatkan lagi. tapi si dia menjawab. "biarlah kenangan kita bersama abadi di ingatan kita"

4 comments:

intan.maisarah said...

menoleh pada tahun 2011
mengajar pada saya banyak perkara
buatkan lebih berhati2 dalam kehidupan dan lebih matang

selamat thun baru
semoga tahun 2012 bermakna buat kita semua

Cikgu Jaja™ said...

ha a..kenangan kan.. cipta atau tercipta, kenangan tetap hadir :)

zati embong said...

kata2 dia,sgt sweet.

selamat tahun baru.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

semoga tahun 2012 ni lebih baik dari yang sebelumnya...amin.