Sunday, April 22, 2012
Antara peluang dan perikemanusiaan
ada satu ketika. saat aku bersama terchinta meronda ronda bandar kotaraya. maka terlihatlah satu situasai yang jarang jarang di nikmati. di deretan parking bermacam macam model kerta yang megah dan yang di banggakan tersadai. waktu itu situasi sangat sangat genting. masing masing menanti dan menunggu salah satu daripada berjuta juta kereta keluar dari kotak putih.
apabila masa yang lama di tempoh. seolah olah kereta kereta tidak mahu bergerak selama lamanya, tiba tiba sebuah kereta 'proton preve' keluar perlahan lahan dengan memasukkan gear mengundur ke belakang. dan sebuah honda cr-v yang sedari tadi menanti dengan sabar seolah olah menemui sinar baru dalam kehidupan.
namun kegembiraannya tidak berkekalan apabila sebuah honda accord meluncur laju memenuhi parking kosong yang di sangkakan khas untuknya. hon panjang kedengaran datangnya dari cr-v yang kepenatan menunggu hampir seharian namun sedikitpun tidak di endahkah.
aku hanya menggeleng kepala sekuat tenaga. "eh abg, tu kan makcik ha" kata chinta kepada aku sambil melambai lambai tangannya kepada penumpang kereta honda accord tadi. aku yang cuba mengatur langkah terus memimpin tangan chinta agar menjauh dari situasi yang hangat.
'dah2 buat tak tahu je. jom kita balik' rengus aku sambil memegang erat tangan bakal ibu. sebelum masuk kedalam honda city, aku sempat menjeling tajam ke arah sana. dan terlihat pemandu honda accord yang aku kenali keluar dari kereta sambil tersenyum kepada pemandu cr-v itu. mungkin ini yang di fikirkannya.
"kita harus bijak mengambil peluang"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bijak mengmbil peluang..huhu,..kesian rh y lme mnunggu tuh...ikut gilirn rh..eeiii.
tapi agak2lah kalau dah nampak orang tunggu tuuu...kenalah bertimbang rasa...:)
Bijak mengambil peluang tu biarlah bertempat.. Ini tak bertimbang rasa namanya ..
Post a Comment