Sunday, April 29, 2012
Selesa di dalam gelita
sejak dari mula kau tak kenal cahaya, lahirmu di dalam gelita, kanan dan kiri hitam semua, hidupmu selesa di dalam gelita, tak pernah terfikir adanya cahaya; cahaya di luar sana.
dan bila datangnya cahaya, menghapus gelap yang kau puja, hatimu mula berkata, "gerangan apakah yang menduga, mana gelap yang ku suka, kerana sinar itu menyilaukan mata, tak perlu kau hadir cahaya, hidupku selesa di dalam gelita".
-jika ada seorang pewira yang gagah perkasa, ingin mengubah fenomena dunia , cuba dahulu ubah mentaliti penghuniya, yang sanggup mati demi kebodohan mereka. - sedarkan mereka.
duduk dan tenang seketika, fikir di luar kotak yang nyata, usah terpengaruh dengan bisikan dusta, lalu bangkit dan bersuara, kerana suara "kita" akan menggegarkan dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ha'ah.ubah cara berfikir dlu.bkn membuta tuli je.hehe.
deeply meaning :)
suara rakyat suara keramat
seseoran pernah berkata kepada aku,mahu menjajah sesebuah negara,jajahi dulu ilmu mereka.
Kiwi datang bawak lampu suluh sini..tak nak bagi gelap..hihi..kiddin ^^
Post a Comment